Sunday, October 14, 2012

Dia si pencuri hati ;)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah solat maghrib. Sekarang kat johor waktu solat cepat sangat. Senang. Tak payah lengah-lengah. Kalau tak, memang terus jadi malas. Silap haribulan terus tak buat. Astaghfirullah.

Okelah, entry kali nie nak update tentang si pencuri hati aku a.k.a mohamad fakhri. Minggu lepas pegi jumpa dia kat seremban. Setelah 2bulan berjauhan. Akhirnya jumpa jugak. Dia sekarang da keje baru. Keje kerajaan. Tapi takdelah yang hebat. Sebagai pembantu am je. Tapi alhamdulillah, cerah mase depan dia.

Dulu, aku yang selalu cerita tentang kawen. Sekarang, dia pulak yang cerita. Hihi. Terkejut? Opkoslah. Haha. Kami rancang lagi 2tahun untuk bersatu. Nikah terus. Tunang taknak. Membazir la. Lagipon kitorang jauh, lebih baik terus nikah lagi senang.

So, doakan je la untuk kami berdua ye. Btw, arini 14hb 10, genap hubungan kitorang 4tahun 3bulan. alhamdulillah. Lame da kami pertahankan hubungan nie. Bergaduh? Mestilah ade. Cuma takdelah sampai nk berputus sume. Kadang-kadang benda kecik pon bole bergadoh. Hehehe. Adat bercinta kan.

Okelah, macam da panjang sangat menaip. Insyaallah, jumpa kat entry yang lain oke! ;)





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Hye bff!

Assalamualaikum.

Hai semua. Rasenya, eh bukan rasa lagi memang da lama sangat tak bukak blog nie dan update ape-ape.

Mintak maap banyak-banyak sebab mood nak menaip tue takde. Malas je rasa. lagi-lagi bile da keje nie. Balik Keje badan da letih sangat. Lagi la malas nak menaip.

okelah, arini nak update tentang bff kite. Aritu pegi makan steamboat dekat rawa. Kalau orang johor tau kot katne. Nie sume tak rancang. Call petg tue, balik keje mandi, sembahyang terus gerak. Tapi tak semua ade. Half of my bff only.

Puas hati sebab dapat gelak-gelak. Hilang stress kejap jumpa dorang. nak jumpa selalu sangatlah susah. Bile dapat jumpa sekali-sekala betol-betol manfaatkan. Jauh mane pon kitorang, still ambik masa dalam sebuln dua untuk jumpa macam nie. Takdelah persahabatan dari sekolah tue terputus camtu je kan.

Btw, 11hb nie, one of my bff nak melangsungkan perkahwinan. Diam tak diam da nak jadi isteri orang da dia. Sorang lagi bff berkahwin. Aku? Insyaallah 2 tahun lagi. Doakan aku ramai-ramai oke!

Okelah sampai sini dulu oke! Pasni aku cuba update selalu oke. Bai semua! ;)







terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, July 14, 2012

hepy anniversary yang ke4 abie :)


ASSALAMUALAIKUM


hai semua! da lame betol tak tulis ape-ape dekat blog nie. sifat 'M' besar sangat dalam diri nie. hihi. korang semua ape khabar?? aku doakan semoga korang sihat-sihat oke! kalau sakit cepat-cepat pegi jumpa doktor. lambat-lambat makin terok aku tak tau. 

oklah, hari nie 14 julai 2012 bersamaan hari sabtu genap 4tahun hubungan aku dengan awan nano. diam tak diam da 4tahun da. Alhamdulillah, walaupon selalu bergadoh, hidup jauh, rasa susah bersama, akhirnya dapat jugak kami sampai ke 4tahun nie.

aku pernah ingat dulu-dulu, kawan awan nano pernah cabar kitorang. dia kata, selalunya cinta zaman belajar akan berakhir bile tamat belajar. so, dia cabar kitorang untuk buktikan kitorang tak macam tue. dan harini aku kami buktikan cinta kami bukan cinta kontrak zaman belajar oke!


we love each other!


lepas nie, in syaa allah, kami akan teruskan ke fasa kedua iaitu bertunang. tapi tak tau la bile, rancangan saje. semoga allah permudahkanlah untuk kami teruskan hubungan nie ke hubungan yang lebih halal. bercinta lame-lame pon bukan best. buat tambah banyak dosa je. kalau ade duit lebih baik terus nikah. lagi cepat dapat pahala. :)

aku selalu berdoa Allah panjangkan umur aku, dapat cepatkan jodoh aku dengan awan nano, dan biarlah kalau Allah nak ambik nyawa aku bile aku da jadi seorang isteri. aku nak kumpul pahala yang banyak dulu sebagai seorang isteri. nampak macam aku gatal kan? tapi tue la niat aku sekarang nie. tak de ape lagi yang aku nak kecuali jadi anak yang solehah dan seorang isteri kepada mohamad fakhri.


muka kami tak sama tapi hati kami sama :)


semoga Allah pertemukan jodoh kami berdua. korang-korang doakn jugak tau! oklah, jumpa next entry. aku doakan korang-korang semua sentiasa dalam redha Allah. 

Assalamualaikum. bai! 





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, June 16, 2012

janji ALLAH : semua yang hidup pasti akan mati :'(


ASSALAMUALAIKUM


mood hari sabtu yang agak tak berape best sebab kucing aku mati. :'( tadi aku call mak aku konon-konon nak tanya tentang resepi, tup-tup mak aku bitau berita sedih pulak yang kucing aku , kiki da mati. nak menangis tapi aku segan sebab aku dekat rumah mak awan nano. 


kiki mase dia hidup. rindu :'(


aku jumpa kiki nie mase aku belajar dekat melaka dulu. roomate aku yang jumpa. dia ikot masok bilik. mula-mula aku halau kluar. last-last aku terus jaga. abis belajar aku bawak balik rumah. dia cerdik. mase bawak balik tue diam je dia. tak berak, tak kencing. sampai rumah baru berak. 


nie kawan kiki nama dia comel.


comel nie kucing akak aku. mula-mula aku bawa kiki balik, dorang tak bole berkawan, gaduh je. lepas seminggu terus ngam. da macam adik beradik. tido, makan, main sume same-same. tak bole berenggang. beza dorang cuma warna bulu je. bak kata mak aku, kucing mula-mula nak berkawan bergaduh dulu, baru baik. tapi manusia mula-mula nak berkawan baik dulu lepas tu bergaduh. 


kiki da mati :'(


sejak kebelakangan nie, kiki pantang sangat bile ade orang naik keta. dia mesti cepat-cepat nak naik jugak. selalu yang kena akak aku kalau nak hantar kuih mak aku dengan nak pegi keje. kalau nak hantar kuih bawak dia sekali. kalau nak pegi keje, aku kena la pegang dia dulu. kalau tak laju je nak ikot. tapi aku tak tau pulak habit dia yang tue penyebab dia mati.


mak aku bitau, abang aku tak pasan dia ade dekat bawak kereta masa reverse kereta. sedangkan sebelom tue, mak aku tengok dia tengah minum air. mesti dia nampak abang aku naik keta, dia pon nak naik. tapi lambat, dia duduk bawah kereta. em, nak meleleh air mata aku tengok gambar atas tue. aku masih belom puas jaga dia lagi. 


buat pengetahuan korang, aku tak suke kucing. nie first time aku bela kucing. dan tak sangka yang first time nie buat aku trauma nak bela lagi. mayb kalau dia hilang aku tak terasa lagi. kalau mati sebab sakit pon aku oke lagi. tapi mati cara camni buat aku tak bole terima. tapi aku nie sape kan. betollah janji ALLAH, yang hidup pasti akan mati. 


tue kucing yang pasti-pasti masok syurga. kita nie belom tentu lagi. bersiap sedia jela untuk tempuh hari esok. semoga ALLAH panjangkan usia kita untuk kita same-same kumpul amal biar dekat 'sane' nanti kita selamat.


**kiki, aku minta maaf tak jaga kau betol-betol. tak ade mase ko mati. aku tak tau kau nak mati. kalau aku tau, aku takkan tinggalkan kau. kau jangan risau kau akan bahagia dekat 'sane' nanti. kalau aku mati, kau tolong aku kat sane yer. aku nak jumpa kau. aku sayang ko sangat-sangat. :'(






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Sunday, June 03, 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera :)


ASSALAMUALAIKUM



nak join klik SINI


tarikh akhir : 22 JUN 2012 


bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

buku resepi dan aku yang semakin gemok!


ASSALAMUALAIKUM


bertemu kite kembali di hari ahad, 3jun 2012! da masok bulan jun da. cepatnya mase berlalu. diam tak diam da nak bulan ramadhan da. ade sape-sape lagi yang belom ganti puasa? cepat-cepatlah ganti. nanti tak sempat pulak. 

arini aku nak share dengan korang semua buku resepi yang sangat best! nak tau buku resepi ape? jom terjah!




nie la buku rsepinya. laku keras oke! resepi istimewa dari chef hanieliza. ade 365 resepi yang pelbagai. senang dan mudah sangat! sesape yang nak cari buku nie bole la cari dekat kedai buku popular dengan harga rm39.90. sejak ade buku resepi nie, buat aku rajin masok dapur. dulu bukan tak rajin, cume konon-konon nak diet. tapi ade buku nie, terus hilang diet aku.


dan sekarang, berat aku melimpah-limpah. dari 58kg ke 64kg! alahai, seluar aku makin ketat. baju makin ketat. dan segala-galanyalah ketat! ade sape-sape bole bagi tips untuk turunkan berat bawah 60kg dalam mase singkat tak?


aku yang makin gemok!
konon-konon nak joging la tuh! puiihh!


tolong doakan aku sentiasa tetap hati untuk berdiet! sebab aku nie pantang nampak makanan. nak kurus-nak kurus!!!


bai!




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, May 16, 2012

SEGMEN MISS Z : UP FOLLOWER & TAMBAH KENALAN


ASSALAMUALAIKUM




nak join? klik SINI

malam nie aku nak join segmen yang miss z anjurkan. walaupon da nak tutup 11.59 malam nie, aku gagahkan jugak nak join. sambil-sambil tambah follower, boleh jugak berkenalan dengan blogger-blogger lain. kan seronok camtu.

kat sini aku nak nyatakan:

follower aku : 296
negeri kelahiran aku : johor


korang-korang yang nak join tue bole lagi nie sebelom 11.59 malam nie
join jangan tak join! 


#ade hadiah menarik menanti anda sume dari miss z! bai!





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, May 14, 2012

selamat hari mak, Puan Kiah :)


ASSALAMUALAIKUM


semalam 13hb mei adalah hari ibu sedunia. semalam, aku dan adik beradik aku tak sempat nak sambut sebab mak aku balik kampung ade kenduri kahwin. bulan nie je da berape kali mak aku balik kampung sebab ramai sangat yang kahwin. aku pon da banyak dapat invitation dari kawan-kawan aku. bestnya nak kawen da. aku pulak excited!


so, tadi tepat pukul 8malam, aku dan adik beradik aku pon sambutlah hari mak. aku panggil mak aku mak, so hari mak la yer. takdelah sambut mewah-mewah, just beli kek dan makan kecik-kecik je. nak mewah-mewah masing tengah tak berduit sangat. cukuplah sederhana saje, janji dapat gembirakan mak.



kek untuk mak. 
korang nak? ambik sorang sikit ea. :)



queen of my heart.
i love her so much! 


tahun nie sambutan kurang meriah sebab abah takde. selalunya abah mesti bacakan doa sebelom potong kek. sekarang abah takde. terasa sangat kehilangan dia. abah, jangan risau yer, kami akan jaga mak dengan sebaik yang mungkin. :')


untuk semua wanita yang bergelar ibu, aku ucapkan selamat hari ibu! semoga kamu semua sentiasa dalam redha ALLAH :)


bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

alahai, keje oh keje.


ASSALAMUALAIKUM


hari nie seharian aku berjalan teman bestfren aku, didi pegi interview kerja. dari keluar rumah pukul 8pagi dan pukul 6 tadi baru balik. lepas interview berjalan-jalan merewangkan diri. maksod aku mengenjoykan diri. makan je 3kali. oke hari nie duit banyak abis dekat makan sahaja. itu memang hobi aku. :D


tengok didi pegi interview aku pulak yang nebes. itu memang kelemahan aku. aku tak suke interview. kalau aku interview orang aku suke, tapi kalau aku kena interview bole teberak tekencing aku doplohpat jam. sedangkan dorang bukan makan aku. tapi ade ke yang suke kena interview? kalau ade bitau aku. aku nak belajar dekat dia.


ekcuali, aku sebenarnya dok berfikir-fikir bile nak start keje. eh! cari keje pon belom. ha, start cari keje. mula-mula aku fikir nak cari lepas dapat result diploma aku. tapi tibe-tibe tukar fikiran nak cari lepas raya sebab tahun nie tahun pertama beraya tanpa abah. so, aku taknak mak sedih. aku nak teman mak. tapi tibe-tibe aku tukar fikiran lagi nak cari keje dalam minggu depan. sebabnya raya nanti aku ade duit. 


aku sendiri pening bile nak start cari keje. korang-korang bole bagi pendapat tak?? hopefully, pendapat korang-korang bole selesaikan masalah aku nie. tolong ea korang-korang :'(


bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, May 08, 2012

rezeki mak dan arwah abah :')


ASSALAMUALAIKUM

hari yang indah tetapi kurang indah bile gigi belah kanan aku pulak sakit. sebelom final exam aritu aku da cabot yang belah kiri, nie belah kanan pulak. saje cari pasal tau gigi nie. ade nanti aku cabot semua pakai gigi palsu. kurus aku terus sebab takot nak makan nanti gigi tercabot. :D


oke berbalik pada tajuk utama, kenape aku kata rezeki mak dan arwah abah? sebabnya FELDA nak bagi durian runtuh dekat semua peneroka kat malaysia nie. best kan? aku tumpang seronok sebab anak peneroka pon dapat! senang hati beb duduk kat felda nie. goyang kaki tak payah keje pon dapat duit. orang bandar ade? takde!


so, durian runtuh yang diperuntukkan untuk FELDA ialah:
RM5000 untuk peneroka a.k.a ketua keluarga (arwah abah)
RM5000 untuk isteri peneroka (mak)
RM5000 untuk generasi kedua felda a.k.a anak-anak peneroka (aku dan adik beradik aku)
ade 1 lagi iaitu durian gugur. yang tue aku tak tau sangat sebab takde kena mngena dengan aku kan. haha


tapi kesian dekat abah, sebab tak dapat merasa durian runtuh tue. tapi xpe, bahagian abah akan kami sedekahkan untuk kesenangan dia dekat sane. abah jangn risau ye. kami sayang abah sangat2. :')



mereka hero dan heroin kami :')


terima kasih untuk kerajaan kerana mengubah nasib orang felda seperti kami. semua nie kesenangan untyuk mak abah kami. biarlah mereka merasa nikmat seketika setelah penay membesarkan anak-anak. yang tak duduk felda jangan berkecil hati. rezeki korang ade kat luar tue. berusaha oke! bai.







terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, May 03, 2012

Alhamdulillah selesai juga final exam :')


ASSALAMUALAIKUM


rasenya da lame sangat tak coret ape-ape dekat blog aku nie. minta maaf sangat-sangat kawan-kawan. 2minggu nie, aku sibok dengan final exam. dan hari nie, alhamdulillah selesai sudah :)


doakan keputusan aku tak mengecewakan oke. sekarang tengah kemas bilik dan barang-barang untuk bawak balik esok pagi. da mula rase sedih nak berpisah dengan kawan-kawan. lepas nie, bermula episod baru dalam hidup aku. bukan lagi sebagai student tetapi sebagai seorang pekerja.


balik nie rehat sebulan sambil-sambil isi SPA dengan cari keje kosong. yang biasa-biasa dulu pon oke. sekarang bukan zaman memilih keje. janji halal dan gaji berpatutan pon da bersyukur. 


jumpa entry lain oke. insyaallah lepas nie aku banyak mase nak update dan blogwalking kat blog-blog korang. 
love u all :')


bai!

terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, April 12, 2012

#spontenous thursday 3 : kan best kalau....


ASSALAMUALAIKUM


"kan best kalau jawab periksa sesenang kutip sampah dan buang"



bai.

terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, April 11, 2012

bubur instant knorr untuk student macam aku :)


ASSALAMUALAIKUM


harini 1malaysia cuti sempena pertabalan Agong. seronok kan? dapat rehat2 dekat rumah. aku pon seronok jugak, walaupon bukan dekat rumah, tapi hostel aku ni pon umpama rumahku syurgaku --"


bangun tido lambat, takde sape nak bising. kalau dekat rumah mak aku da jadi tarzan da kalau anak-anak dia tak bangun-bangun lagi. hehe. bangun-bangun pagi perut da bunyi-bunyi. lapar la tu maksudnya nak suruh aku cari makanan. aku bukak drawer tengok-tengok ade bubur instant knorr. 



bubur nasi ayam + mushroom


bubur instant nie harga dia rm3.60. ade 3peket dalam dia. ade perasa ayam sahaja dan ayam + mushroom. nak sediakannya senang je. korang letak dalam mangkuk, lepas tue letak 250ml air panas, tunggu 2minit, SIAP! simple kan? anak sedara aku yang darjah 2 pon bole buat. sebab ape aku kata bubur nie untuk student macam aku? sebabnya bubur nie senang nak buat, lepas tue tak payah guna dapur nak masak, cuma tuang air panas. 



setelah siap dan boleh dimakan!


rupa dia memang biasa tapi rase dia sedap weyh! tak pecaya? trylah. beli 1kotak je dulu. kalau sedap bole beli lagi. yang ade anak-anak kecik trylah beli. bagi dorang rase. mesti dorang suke. eh! da macam promote makanan pulak aku nie. hehe. oklah. jumpa entry lain ye. selamat mencuba! bai!


#hepy besday to my beloved friend noor diana binti idris. today it's a day. hepy 23rd babe :)









terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, April 09, 2012

nasi lemak dan ikan gorang kecik.


ASSALAMUALAIKUM


selamat petang semua. kang aku ucap selamat malam tido lak semua orang. em, macam mana hari isnin korang? sangat gembira atau biasa-biasa sahaja? jangan lupa panjatkan rasa syukur pada Allah kerana masih bagi kita bernafas dekat muka bumi ni. 


harini kecoh dekat hostel dangan cerita orang histeria. benda tue berlaku malam semalam. macam-macam cerita aku dengar. ade yang kata, kena sampai 3,4 orang. ade yang kate cuma 2orang. yang mane betol pon aku tak tau. da nak dekat exam nie, macam-macam perkara berlaku. mintak-mintak aku dijauhkan dari semua tu. aku nie kenis penakot sikit. bile dengar cerita macam tue, mula la gelabah. nak mandi pon ajak roomate teman. nasib baik roomate sentiasa memahami.


okelah berbalik pada tajuk, tadi petang ade la beberape pelajar yang tinggal luar hostel datang jual nasi lemak. teruja nak beli sebab nasi lemak dia panas lagi. aku bukan seorang penggemar nasi lemak, tapi untuk rase-rase macam tue boleh lagi. beli la 1, share dengan roomate. nasi lemak tue bungkus dengan kertas. nampak menarik. takdelah asyik pakai polisterin je. harga dia, sebungkus RM2.



nie la nasi lemak tue.


teruja nak makan, sempat ambik gambar dulu. hehhe. excited sebab nak tengok ape isi dalam nasi lemak nie. mane la tau ade daging ke ape kan. berangan! dengan harga RM2 dapat telur separuh pon da rasa bersyukur kan. so, aku pon bukaklah bungkusan nasi lemak tue. korang nak tau ape yang ade?



nasi lemak ikan goreng tuh! :D


nampak tak ade telur separuh, kacang, sambal, timun dan ikan goreng separuh! dalam gambar nampak besar kan iakn goreng tu, tapi sebenarnya besar ibu jari je. sangat-sangat kecik. bagi aku, lebih baik dia gantikan dengan ikan bilis, sikit pon oke, dari ikan goreng macam tue, kawan aku beli lagi la kecik ikan dia. kelakar pulak aku tengok. tapi takpe, rezeki kan. bersyukur sebab dapat makan sedap lagi, dari yang tak dapat makan ape-ape. 


rase dia boleh tahan. esok bole beli lagi. kalau makan sorang bole kenyang, tapi sebab aku dok kongsi dengan roomate, sampai berebut-rebut ikan goreng kecik tue. hahaha. esok kalau dia datang jual lagi aku nak mintak 2ekor ikan tue. baru bole dapat sorang 1. :D


oklah, perot da kenyang, mase untuk membelajarkan diri pulak. bai korang! 


terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, April 07, 2012

maksu cantik tak adik kaler crocodile nie?


ASSALAMUALAIKUM


arini bosan gile weyh. aku dok bilik sesorang. kawan-kawan aku sume balik kampung. aku malas nak balik. sebab assignment berbukit. sume nak kena hantar hari isnin. sangat-sangat seronok aku dengar. --"


bile tak balik sabtu ahad ni, mula la rindu dekat anak buah aku yang degil sorang nie. nama dia arasy adrian. baru 4tahun. tapi da sekolah tadika kemas. dengan mulut yang becok sangat, buat aku teringat-ingat dekat dia. aku da jaga dia sejak dia baby lagi. tue dia rapat sangat dengan aku. aku pulak bile jauh je mula la asyik rindu dekat dia.


rindu adik :(

semalam akak ipar aku a.k.a ibu si arasy nie, antar mms kat aku. aku ingat mms ape. kejap lagi mms gambar crocodile a.k.a buaya yang si arasy nie kaler. aku ade belikan si kecik nie buku kaler-kaler, selalu asyik belikan mainan je. nie da sekolah belikan buku pulak. aku suruh dia kaler. nanti aku balik aku nak tengok. semalam akak ipar aku mms gambar dia kaler. tersenyum sorang-sorang aku tengok. korang nak tengok?


nie la hasilnya. nasib baik nampak lagi buaya tue.


tak sabar nak balik, nak tengok gambar-gambar yang lain dia kaler. ntah jadi ape la yang lain tue. baru aku tau seronoknya bile ade anak sendiri kan. ada anak buah pon da seronok apetah lagi anak sendiri. mak nak kawen! :D


bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, April 06, 2012

Ya Allah, jangn kau uji aku dengan ujian sebegini :'(


ASSALAMUALAIKUM

em, malam nie aku rase tension sangat3x!!
esok aku ade kuiz mate. tapi bile aku study, aku asyik xdapat jawapan yang sama. 
sedangkan aku da buat ikot step yang sama. 
bukan sekali dua aku cuba tapi da banyak kali.
tak lepas 1 soalan, aku tukar soalan lain, tapi still sama.
aku rasa nak nangis.
geram campur sakit hati.
takkan aku bodoh sangat sampai susah sangat nak dapat.
em, kenape nie.
aku tak mintak aku jadi best student.
aku cuma mintak aku dapat lulus sume subjek.
dapat banggakan mak.
dapat buat mak tersenyum.
aku tau aku bukan kategori bijak pandai.
tapi aku nak jadi macam orang lain yang berjaya.

Ya Allah, 
janganlah kau uji aku dengan ujian yang aku sendiri tak mampu nak hadapi.
bantulah aku untuk dapat keputusan yang cemerlang.
aku cuma mahu gembirakan ibu aku.
aku mahu dia bangga dapat anak macam aku.
walaupon aku tak dapat balas jasa dia, cukuplah aku dapat bagi keputusan yang cemerlang untuk dia.
bantulah aku Ya Allah.
aku bermohon padaMu. :'(





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, April 05, 2012

wordless wednesday 12 # spek baru lagi! :D


ASSALAMUALAIKUM









wee.. spek baru lagi.
jenama Ray Ban! 
hadiah dari si awan nano.
tima kasih cinta :)


bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, April 04, 2012

selamat hari lahir mak :)


ASSALAMUALAIKUM




MAK,
selamat hari lahir yang ke 62.
Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur mak untuk kami adik beradik dapat rasa kasih sayang mak lagi.
sekarang maklah abah, maklah mak kami.
takde wanita lain yang mampu tandingi mak.
maklah segala-galanya untuk kami.
terima kasih mak kerana lahirkan kami 7beradik.
terima kasih kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang tanpa merungut walau sedikit pon.
terima kasih kerana bagi kami makan pakai yang cukup dan sekolahkan kami untuk jadi orang yang berjaya.
terima kasih kerana sentiasa bagi kami nasihat untuk jadikan kami anak yang soleh dan solehah.


Ya ALLAH,
doaku untuk ibuku yang tercinta,
semoga Engkau panjangkan usianya untuk kami masih mampu merasa kasih sayangnya lagi,
Engkau murahkan rezekinya setiap hari,
Engkau berikan kesihatan yang baik untuknya supaya dia mudah untuk beribadat kepadaMu,
Engkau permudahkan setiap urusannya,
Engakau berilah keberkatann hidupnya di dunia mahupun di akhirat kelak.
amin.


untuk Puan Kiah binti Sarman,
kami anak-anak mak sayang mak sangat-sangat.
semoga bila kita telah tiada di dunia ni, kite masih dapat jadi 1kluarga di sana,
percayalah mak, abah menunggu kita disana untuk bersama kembali selamanya.
kami sayang mak sangat-sangat :')


bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, April 02, 2012

akhirnya dapat jugak kami makan benda tue :D


ASSALAMUALAIKUM


selamat pagi semua. da lame betol tak update ape-ape dekat blog aku nie. nak jengah-jengah blog korang pon tak sempat. sibok dekat projek dan assignment. korang rindu aku tak?? jangan perasan atie takde sape nak rindu kat ko. --'


semalam si awan nano tibe-tibe datang hostel aku. memula rancang nak jumpa hari sabtu, tapi cancel. ingat da tak jadi jumpa. tup-tup semlam pagi dia datang. so, kitorang decide jalan-jalan dekat Dataran Pahlawan, Melaka je. nak pegi tempat lain macam tak best. ingatnya cuma nak jalan-jalan je la kan, tapi kalau da nampak macam-macam memang gatal la tangan nie nak membeli.


tapi, bukan tue yang aku nak cerita kat korang, tentang 1 bende nie. dari awal dia keluar sampai la semalam baru kitorang dapat rasa. memang ketinggalan sangat. bukan sebab tak mampu, tapi takde masa nak jumpa. kitorang memang camtu, kalau benda baru kena rase sama-sama dulu. nampak gedik ea? pedulik hape aku. :D

oklah taknak korang tertanya-tanya bende ape ape tue. so, korang tengok jela gambar-gambar aku tempek ni.


TUTTI FRUTTI!!
nampak tak muka aku teruja makan bende tue?



si awan nano yang tak pernah jemu layan ngade-ngade aku.
sayang awak sangat-sangat!



kecik je kedai tutti frutti kat sini. 
abaikan perut buncit si awan nano :)


semalam makan tutti frutti 1 je. share. sebab awan nano tak berape suke sangat aiskrim ke yogurt ke. aku? gile tak suke. tolak besi dengan kayu je aku nie. sebab tue sekarang berat membuak-buak naik. suke! =="
semalam try flavour coklat, melon dengan raspberry. melon paling sedap! campur topping semua RM19.30.


senyum je bayar. sebab ape senyum? bukan sebab mahal, sebab bayar pakai duit awan nano, bukan duit aku. :D tapi aku rase tutti frutti nie biasa je. takdelah sedap sangat sampai aku rase nak makn lagi,lagi dan lagi. semalam pon ambik sikit tapi da muak. so, sekarang nie takde teringin nak makan lagi. tapi kalau ade yang nak belanja aku oke je! rugi tue tolak rezeki.


korang da pernah makan tutti frutti ? jom share pendapat korang tentang benda tue. 


bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, March 23, 2012

untuk kamu gadis :)



ASSALAMUALAIKUM



"gadis yang kuat
 adalah seseorang yang menangis pada waktu tidur 
mengenangkan pelbagai masalah
 dan bangun dengan senyuman di wajah mereka"



#agak-agak korang macam ni tak?


bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, March 22, 2012

#spontaneous thursday 2 : jangan risau sayang :)



ASSALAMUALAIKUM




bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, March 21, 2012

wordless wednesday 11 # running man!


ASSALAMUALAIKUM


running man!


sekarang aku tengah gile tengok game show korea nie.
berdekah-dekah ketawa. hilangkan tension belajar.
sehari 1 aku tengok.
korang tak tengok lagi? pegi search kat you tube. confirm kluar banyak.
paani confirm gile benda nie jugak. kan2??



bai ^^





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, March 19, 2012

cakar ayam !


ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah aku masih lagi bernafas untuk teruskan hidup kat dunia ni. so, camne pagi isnin korang? arini kelas aku mula pukul 10pagi dan kelas pukul 11 batal. menjadikan arini aku cuma ade 1kelas je la. seronok kan? mase jadi student je bole rase camni. bile keje nanti takdenya bile bos tak datang kite pon dapat cuti. mau lingkup company kalau camtu.


oke, berbalik pade tajuk entry pagi nie iaitu cakar ayam! korang pernah makan cakar ayam tak? tak tau cakar ayam tue ape? sat na, ceq tunjuk gambar.


nie la cakar ayam. tapi aku tertanya-tanya kenape peket dia tue tulis rempeyek.


aku dari dulu memang taksub pada makanan nie. pantang jumpa kat kedai mesti beli. sampaikan bila raya, mak aku buatkan untuk aku. tapi takdela sama macam ni. kurang sikitlah rasa dia. bentuk je sama. tapi aku terharu, sebab mak aku sanggup buatkan untuk aku. sobs sobs.. :'(


tengok gambar je aku da terliur. nasib baik tengah puasa. sabar.


kebetulan pulak, dekat hostel aku ade yang jual. ape lagi, mula-mula beli 2peket, bile da habis terus beli 5peket. nampak kan camne terujanya aku dekat cakar ayam nie. sesape yang tak pernah rase lagi, aku sarankan pegi la rase. aku yakin korang mesti nak makan lagi, lagi dan lagi. 


baru beli semalam 5peket!


lepas nie aku kena belajar camne nak buat cakar ayam nie. senang sikit bile teringin nak makan bole buat sendiri. mane tau tup-tup buat sedap, bole la jual terus. berangan nak jauh je aku nie. takpe orang kata berangan tak kena bayar kan? kalau kena bayar takot aku nak berangan. 


nah aku bagi 1 kat korang :)


sesape yang ade resepi cmne nak buat cakar ayam bole la bitau kat aku. aku hargai sangat-sangat. oklah jumpa legi next entry yer. mmuaahh!! bai!





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, March 15, 2012

khamis yang mengecewakan :(


ASSALAMUALAIKUM


pagi nie present projek aku yang tak menjadi tue. mula pukul 8setengah. dan aku datang tadi tup-tup ramai lagi yang tak datang. so, nak tak nak terpakselah aku mulakan dulu. dengan projek yang tak menjadi dan mood panel yang berkobar-kobar nak tengok projek kitorang, aku rase kecewa sangat sebab tak dapat tarik perhatian dorang. damn! aku rase malu dan down gile. macam nak bunuh diri. tapi 5minit je aku fikir benda tue, pastu aku tukar fikiran untuk balik bilik dan tido.


keadaan mejadi bertambah parah sebab da 2hari aku bergadoh dengan si awan nano. effect bergaduh dengan dia sangat-sangatlah terok berbanding projek tak menjadi aku tue. alahai, bile la aku dapatberbaik semula dengan dia. da bengkak mata aku nie setiap malam menangis mngenang nasib yang asyik malang je.


disebabkan keadaan aku yang agak tak stabil, pagi tadi aku hanya mampu breakfast minuman cereal 5 in 1. rasa dia sangatlah yummy! bole la tahan untuk makan petang nanti. sekarang nie kena berjimat. duit da banyak habis dekat projek yang tak jadi tue. tension! abis projek nie aku nak buang dekat besi buruk! geram!!




spirulina & oat! yummy!



petang nie ade 1 kelas lagi. matematik. kelas yang agak aku kurang suke. sebab aku tak faham ape lect tue ajar. so, mood aku akan bertambah terok. alahai, bile la nak abis belajar nie. aku da bosan jadi student. orang kata jadi student seronok, tapi aku rase tue student sekolah bukan politeknik cam aku nie. so, tibe-tibe menyesal dulu tak hargai zaman sekolah dengan betol. dan sekarang rase nak masok balik perot mak taknak keluar-keluar.


kepada awan nano, jom kite berdamai? bosanlah tak mesej , tak dengar suara awak. saya da mula rindu awak. jangan lame-lame camni. bole barah otak saya sebab asyik fikir tentang awak. :(



bai :(




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, March 13, 2012

jadual final exam. heaven gile! --'


ASSALAMUALAIKUM


sebelum membuat asignment yang perlu submit esok, sempat lagi aku nak update entry terbaru. tadi pagi kelas aku abis awal, balik kelas, basuh baju terus tido. sangat-sangat heaven! letak je kepala terus lena. nampak sangat memang tak cukup rehat. sampai nak jumpa lect pon lupe. nasib baik petang tadi jumpa dia tak bising. nie sume penangan projek. alahai. nasib baik khamis nie nak present da. still lagi tak function, tapi aku da malas nak buat baru lagi. lantaklah. yang penting siap! 


semalam, jadual untuk final exam da kluar. oh! tarikh dia memang ohsem habis! korang tengoklah sendiri.


--'


ohsem kan? takde masa la aku nak bukak blog, nak bukak fb, nak tido, masenya cuma untuk study saje. dan paling aku sakit hati last paper tue gap 7 hari! ok demm!! suke habis! dan 3hb adalah taikh akhir final exam kat poly aku. best gile dapat balik last lagi =='


so, sebelom aku mencarut yang lain-lain, aku akhiri entry aku dengan serangkap pantun.

anak emak balik rumah,
balik rumah dengan si joyah,
jangan pernah ade sikap yang putus asa,
kelak badan binasa.

bai :)


#terok gile pantun aku. ah! lantaklah! chill oke ^^



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, March 12, 2012

luahan hati :(


ASSALAMUALAIKUM


sekarang nie setiap hari stress. stress sebab projek yang bakal dipresent untuk khamis nie xmenjadi. entah dekat mane silapnya. da buat banyak kali, still macam tue jugak. alahai, bile tengok kawan-kawan punya projek menjadi, lagi la bertambah stress. apelah nasib. 


final start 23 april nie. cepat je mase berlalu. tup-tup nak final exam da. tapi bagus jugak. da tak sabar nak habis blajar da. letihnya belajar ape yang kita tak minat. blajar semata-mata nak lulus dan dapatkan diploma. kalau korang soal aku balik tentang ape aku blajar, sure aku susah nak explain. sebab aku tak minat.


aku cuma mohon sangat, minggu nie ade la berita gembira untuk aku. terutama tentang projek aku. mane tau last minit tup-tup menjadi pulak. letih weyh, duit banyak da habis tapi 1 pon tak menjadi. projek pliss be nice to me :(




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, March 07, 2012

wordless wednesday 10 # wahai lelaki :)


ASSALAMUALAIKUM




bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, March 06, 2012

doodle: awak :)


ASSALAMUALAIKUM





bai :)





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, March 05, 2012

5perkara :)


ASSALAMUALAIKUM



bai :)







terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Sunday, March 04, 2012

doodle: busy!


ASSALAMUALAIKUM




aku cuma nak bagitau mungkin lepas nie aku jarang update blog aku disebabkan final exam bakal menjelang.
dah tiba mase untuk tumpukan perhatian yang penuh dekat buku-buku aku.
tapi, kalau aku ade mase terluang, insya'allah aku akan update entry terbaru oke.
diharap sangat, korang-korang tak jemu datang jengah blog aku ni.
ade mase aku balas kunjungan korang. jangan risau oke. aku sentiasa berlaku adil.


so, pada korang-korang teruskan mengupdate entry terbaru. mayb aku jarang update tapi aku akan jenjalan blog korang baca entry terbaru. nak update kena ade idea kan. 
tue aje untuk malam nie. so, hepy bloging korang :)

bai.





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, March 03, 2012

Segmen : I Follow you, I will get a Gift.


ASSALAMUALAIKUM




klik banner untuk join oke.

hopefully dapatlah jadi pemenang. nak gak hadiah yang rahsia tu.
tag semua yg bace entry ni. mane tau ade rezeki korang jugak.
mencuba tak salah kan.

bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, March 02, 2012

hye march :D


ASSALAMUALAIKUM


diam tak diam da bulan 3 da. 
projek tak siap lagi, assignment berlambak-lambak, kuiz, test, report.
alahai, final da dekat. study masih ala kadar.
hopefully bulan march ni masa dia berjalan lambat je.
dan biarlah ape je berlaku dalam bulan ni baik-baik saje.

march, be nice to me k. lebiu :)

bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, February 29, 2012

hargailah bulu mata anda :)


ASSALAMUALAIKUM

pagi nie je bulu mata aku da gugur 5helai. eh! helai ke? ala, ape-apelah. banyak gile kot gugur. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sakit barah otak. oke, tipu. takde kena mengena barah otak dengan gugur bulu mata. aku pon tak taula kenape banyak sangat gugur bulu mata aku nie. rilex la, jangan gugur banyak-banyak, kang takde bulu mata nanti.

mata aku. cantik kan? oke tipu. google search nie. 


eh! korang pernah dengar tak dulu-dulu, kalau bulu mata gugur belah mata kanan, ade orang rindu. kalau mata kiri ada orang benci. pernah tak?? mase aku budak-budak dulu, selalu dengar. sampai percaya. bile bulu mata belah kanan gugur terfikir-fikir mesti pakwe aku rindu aku. bile belah kiri lak, sakit hati sape dok benci aku. hahahah, lawak gile seyh!

pastu kalau gugur 2, 3 helai mula fikir ramainya yang rindu aku nie. takpon ramainya yang benci aku nie. wakakaka. sedangkan bulu mata gugur sebab dy nak gugur, ala, mayb bulu mata tu da tua, tue gugur. takde kena mngena dengan orang rindu atau benci kite. kekadang bile fikir balik naik tegelak seseorang aku, apelah. kafir betol aku nie, cepat sangat percaya bende-bende tahyul camtu. 

tapi kan aku selalu terfikir, kalau bulu mata kite gugur, dia akan tumbuh balik la ek yang baru. tapi macam mane kite bole tak pasan ade bulu mata baru sedangkan bulu mata tue takdelah lebat macam rambut kan. tapi tuelah keajaiban Allah berikan pada kita. so, bersyukur banyak-banyak. 

Allah da bagi kesempurnaan pada kite, kening, mata, bulu mata, telinga, mulut, hidung, tangan, kaki. nie, bulu mata pendek, tak lentik pakai bulu mata palsu, kening tak terbentuk, dicukur sampai nipis je. mata tak warna coklat, sibok pakai contact lens. nanti da rosak mata, salahkan orang yang jual tue. 

bercantik tak salah tapi berpada-pada oke. aku pon takdelah cantik mane, nak nasihat orang pon takot orang tak suke. so, tepok dada tanya hati. mane yang baik dan mane yang buruk. akhir kata, jnganlah gugur lagi bulu mata aku. 

bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, February 28, 2012

barang berharga a.k.a cermin mata


ASSALAMUALAIKUM

malam nie, sebelom aku tutup laptop nie dan beralih ke buku-buku math aku, aku nak berkongsi cerita mengenai barang berharga. korang semua mesti ade barang berharga kan? macam henpon ke, rantai ke, ape-ape jelah. janji korang rasa bile takde bende tue korang rase korang tak bole nak hidup kat dunia nie lagi. eceh! sampai camtu pulak. 

macam aku barang berharga aku ialah cermin mata ataupon dalam bahasa omputih spek. eh! betol ke? ala, tue singkatan dia, aku malas tulis panjang-panjang. (sedangkan tak tau nak tulis panjang camne). aku da rabun sejak darjah 6 lagi. dan sekarang umur aku rahsia. macam retiss konon nak rahsia-rahsia. sekarang umur aku 23. da lame kan aku rabun, dan rabun nie takkan hilang sampai aku mati. sedih. :'(


koleksi spek aku.
nie yg mampu diselamatkan, yang lain hancur sudah.


so, selama aku hidup nie, aku hanya bergantung pada cermin mata sahaja. kalau takde cermin mata memang gelap mase depan aku. takdelah gelap mana, tapi kabur la. nak buat ape-ape pon terhad. nak tengok ape-ape pon terpakse kecikkan mata sampai orang semua ingat aku tido. terok kan? tue la payahnya menjadi orang rabun nie.

aku akan menjadi hulk bile ade yang buat cermin mata aku sebagai permainan. begitu berharganya spek aku tu. so, memang takde yang berani nak men sembunyi-sembunyikan spek aku atau buat pakaikan dekat teddy bear atau buat-buat pakai mase main masak-masak. 


spek baru gua. voir. cantik tak?


actually, dulu aku rabun sebab aku suke sangat-sangat pakai spek kaklong aku. konon-konon cantik la tuh! padahal bala yang aku dapat. tapi yang peliknya akak-akak aku sume pakai spek jugak. cuma abang-abang aku je tak pakai. agak-agak korang kenape ek? adekah mereka  mencuba memakai spek orang lain jugak? da lame aku fikir bende nie, tapi tak dapat jawapan jugak. 


konon-konon ayu pakai spek baru. =_="
mata aku cam ikan puyu =='
 

so, sebelom aku menamatkan entry aku yang dari pukul 8 sampailah sekarang baru aku dapat menamatkannya akibat internet yang sangat lembap mengalahkan kura-kura, aku ingin berpesan pade sekalian mkhluk yang tidak rabun, jagalah mata anda dengan baik. kalau da rabun susah weyh. nak bergantung pade spek je, leceh gile kot. kalau bole jadi budak-budak balik, aku taubat taknak main-main pakai cermin mata kaklong aku. tapi apekan daya, telajak perahu bole ku undur, telajak kata badan binasa. 
wabilahhitaufiqwahidayah wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.