Saturday, June 16, 2012

janji ALLAH : semua yang hidup pasti akan mati :'(


ASSALAMUALAIKUM


mood hari sabtu yang agak tak berape best sebab kucing aku mati. :'( tadi aku call mak aku konon-konon nak tanya tentang resepi, tup-tup mak aku bitau berita sedih pulak yang kucing aku , kiki da mati. nak menangis tapi aku segan sebab aku dekat rumah mak awan nano. 


kiki mase dia hidup. rindu :'(


aku jumpa kiki nie mase aku belajar dekat melaka dulu. roomate aku yang jumpa. dia ikot masok bilik. mula-mula aku halau kluar. last-last aku terus jaga. abis belajar aku bawak balik rumah. dia cerdik. mase bawak balik tue diam je dia. tak berak, tak kencing. sampai rumah baru berak. 


nie kawan kiki nama dia comel.


comel nie kucing akak aku. mula-mula aku bawa kiki balik, dorang tak bole berkawan, gaduh je. lepas seminggu terus ngam. da macam adik beradik. tido, makan, main sume same-same. tak bole berenggang. beza dorang cuma warna bulu je. bak kata mak aku, kucing mula-mula nak berkawan bergaduh dulu, baru baik. tapi manusia mula-mula nak berkawan baik dulu lepas tu bergaduh. 


kiki da mati :'(


sejak kebelakangan nie, kiki pantang sangat bile ade orang naik keta. dia mesti cepat-cepat nak naik jugak. selalu yang kena akak aku kalau nak hantar kuih mak aku dengan nak pegi keje. kalau nak hantar kuih bawak dia sekali. kalau nak pegi keje, aku kena la pegang dia dulu. kalau tak laju je nak ikot. tapi aku tak tau pulak habit dia yang tue penyebab dia mati.


mak aku bitau, abang aku tak pasan dia ade dekat bawak kereta masa reverse kereta. sedangkan sebelom tue, mak aku tengok dia tengah minum air. mesti dia nampak abang aku naik keta, dia pon nak naik. tapi lambat, dia duduk bawah kereta. em, nak meleleh air mata aku tengok gambar atas tue. aku masih belom puas jaga dia lagi. 


buat pengetahuan korang, aku tak suke kucing. nie first time aku bela kucing. dan tak sangka yang first time nie buat aku trauma nak bela lagi. mayb kalau dia hilang aku tak terasa lagi. kalau mati sebab sakit pon aku oke lagi. tapi mati cara camni buat aku tak bole terima. tapi aku nie sape kan. betollah janji ALLAH, yang hidup pasti akan mati. 


tue kucing yang pasti-pasti masok syurga. kita nie belom tentu lagi. bersiap sedia jela untuk tempuh hari esok. semoga ALLAH panjangkan usia kita untuk kita same-same kumpul amal biar dekat 'sane' nanti kita selamat.


**kiki, aku minta maaf tak jaga kau betol-betol. tak ade mase ko mati. aku tak tau kau nak mati. kalau aku tau, aku takkan tinggalkan kau. kau jangan risau kau akan bahagia dekat 'sane' nanti. kalau aku mati, kau tolong aku kat sane yer. aku nak jumpa kau. aku sayang ko sangat-sangat. :'(






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Sunday, June 03, 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera :)


ASSALAMUALAIKUM



nak join klik SINI


tarikh akhir : 22 JUN 2012 


bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

buku resepi dan aku yang semakin gemok!


ASSALAMUALAIKUM


bertemu kite kembali di hari ahad, 3jun 2012! da masok bulan jun da. cepatnya mase berlalu. diam tak diam da nak bulan ramadhan da. ade sape-sape lagi yang belom ganti puasa? cepat-cepatlah ganti. nanti tak sempat pulak. 

arini aku nak share dengan korang semua buku resepi yang sangat best! nak tau buku resepi ape? jom terjah!




nie la buku rsepinya. laku keras oke! resepi istimewa dari chef hanieliza. ade 365 resepi yang pelbagai. senang dan mudah sangat! sesape yang nak cari buku nie bole la cari dekat kedai buku popular dengan harga rm39.90. sejak ade buku resepi nie, buat aku rajin masok dapur. dulu bukan tak rajin, cume konon-konon nak diet. tapi ade buku nie, terus hilang diet aku.


dan sekarang, berat aku melimpah-limpah. dari 58kg ke 64kg! alahai, seluar aku makin ketat. baju makin ketat. dan segala-galanyalah ketat! ade sape-sape bole bagi tips untuk turunkan berat bawah 60kg dalam mase singkat tak?


aku yang makin gemok!
konon-konon nak joging la tuh! puiihh!


tolong doakan aku sentiasa tetap hati untuk berdiet! sebab aku nie pantang nampak makanan. nak kurus-nak kurus!!!


bai!




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.