Wednesday, May 16, 2012

SEGMEN MISS Z : UP FOLLOWER & TAMBAH KENALAN


ASSALAMUALAIKUM




nak join? klik SINI

malam nie aku nak join segmen yang miss z anjurkan. walaupon da nak tutup 11.59 malam nie, aku gagahkan jugak nak join. sambil-sambil tambah follower, boleh jugak berkenalan dengan blogger-blogger lain. kan seronok camtu.

kat sini aku nak nyatakan:

follower aku : 296
negeri kelahiran aku : johor


korang-korang yang nak join tue bole lagi nie sebelom 11.59 malam nie
join jangan tak join! 


#ade hadiah menarik menanti anda sume dari miss z! bai!





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, May 14, 2012

selamat hari mak, Puan Kiah :)


ASSALAMUALAIKUM


semalam 13hb mei adalah hari ibu sedunia. semalam, aku dan adik beradik aku tak sempat nak sambut sebab mak aku balik kampung ade kenduri kahwin. bulan nie je da berape kali mak aku balik kampung sebab ramai sangat yang kahwin. aku pon da banyak dapat invitation dari kawan-kawan aku. bestnya nak kawen da. aku pulak excited!


so, tadi tepat pukul 8malam, aku dan adik beradik aku pon sambutlah hari mak. aku panggil mak aku mak, so hari mak la yer. takdelah sambut mewah-mewah, just beli kek dan makan kecik-kecik je. nak mewah-mewah masing tengah tak berduit sangat. cukuplah sederhana saje, janji dapat gembirakan mak.



kek untuk mak. 
korang nak? ambik sorang sikit ea. :)



queen of my heart.
i love her so much! 


tahun nie sambutan kurang meriah sebab abah takde. selalunya abah mesti bacakan doa sebelom potong kek. sekarang abah takde. terasa sangat kehilangan dia. abah, jangan risau yer, kami akan jaga mak dengan sebaik yang mungkin. :')


untuk semua wanita yang bergelar ibu, aku ucapkan selamat hari ibu! semoga kamu semua sentiasa dalam redha ALLAH :)


bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

alahai, keje oh keje.


ASSALAMUALAIKUM


hari nie seharian aku berjalan teman bestfren aku, didi pegi interview kerja. dari keluar rumah pukul 8pagi dan pukul 6 tadi baru balik. lepas interview berjalan-jalan merewangkan diri. maksod aku mengenjoykan diri. makan je 3kali. oke hari nie duit banyak abis dekat makan sahaja. itu memang hobi aku. :D


tengok didi pegi interview aku pulak yang nebes. itu memang kelemahan aku. aku tak suke interview. kalau aku interview orang aku suke, tapi kalau aku kena interview bole teberak tekencing aku doplohpat jam. sedangkan dorang bukan makan aku. tapi ade ke yang suke kena interview? kalau ade bitau aku. aku nak belajar dekat dia.


ekcuali, aku sebenarnya dok berfikir-fikir bile nak start keje. eh! cari keje pon belom. ha, start cari keje. mula-mula aku fikir nak cari lepas dapat result diploma aku. tapi tibe-tibe tukar fikiran nak cari lepas raya sebab tahun nie tahun pertama beraya tanpa abah. so, aku taknak mak sedih. aku nak teman mak. tapi tibe-tibe aku tukar fikiran lagi nak cari keje dalam minggu depan. sebabnya raya nanti aku ade duit. 


aku sendiri pening bile nak start cari keje. korang-korang bole bagi pendapat tak?? hopefully, pendapat korang-korang bole selesaikan masalah aku nie. tolong ea korang-korang :'(


bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, May 08, 2012

rezeki mak dan arwah abah :')


ASSALAMUALAIKUM

hari yang indah tetapi kurang indah bile gigi belah kanan aku pulak sakit. sebelom final exam aritu aku da cabot yang belah kiri, nie belah kanan pulak. saje cari pasal tau gigi nie. ade nanti aku cabot semua pakai gigi palsu. kurus aku terus sebab takot nak makan nanti gigi tercabot. :D


oke berbalik pada tajuk utama, kenape aku kata rezeki mak dan arwah abah? sebabnya FELDA nak bagi durian runtuh dekat semua peneroka kat malaysia nie. best kan? aku tumpang seronok sebab anak peneroka pon dapat! senang hati beb duduk kat felda nie. goyang kaki tak payah keje pon dapat duit. orang bandar ade? takde!


so, durian runtuh yang diperuntukkan untuk FELDA ialah:
RM5000 untuk peneroka a.k.a ketua keluarga (arwah abah)
RM5000 untuk isteri peneroka (mak)
RM5000 untuk generasi kedua felda a.k.a anak-anak peneroka (aku dan adik beradik aku)
ade 1 lagi iaitu durian gugur. yang tue aku tak tau sangat sebab takde kena mngena dengan aku kan. haha


tapi kesian dekat abah, sebab tak dapat merasa durian runtuh tue. tapi xpe, bahagian abah akan kami sedekahkan untuk kesenangan dia dekat sane. abah jangn risau ye. kami sayang abah sangat2. :')



mereka hero dan heroin kami :')


terima kasih untuk kerajaan kerana mengubah nasib orang felda seperti kami. semua nie kesenangan untyuk mak abah kami. biarlah mereka merasa nikmat seketika setelah penay membesarkan anak-anak. yang tak duduk felda jangan berkecil hati. rezeki korang ade kat luar tue. berusaha oke! bai.







terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, May 03, 2012

Alhamdulillah selesai juga final exam :')


ASSALAMUALAIKUM


rasenya da lame sangat tak coret ape-ape dekat blog aku nie. minta maaf sangat-sangat kawan-kawan. 2minggu nie, aku sibok dengan final exam. dan hari nie, alhamdulillah selesai sudah :)


doakan keputusan aku tak mengecewakan oke. sekarang tengah kemas bilik dan barang-barang untuk bawak balik esok pagi. da mula rase sedih nak berpisah dengan kawan-kawan. lepas nie, bermula episod baru dalam hidup aku. bukan lagi sebagai student tetapi sebagai seorang pekerja.


balik nie rehat sebulan sambil-sambil isi SPA dengan cari keje kosong. yang biasa-biasa dulu pon oke. sekarang bukan zaman memilih keje. janji halal dan gaji berpatutan pon da bersyukur. 


jumpa entry lain oke. insyaallah lepas nie aku banyak mase nak update dan blogwalking kat blog-blog korang. 
love u all :')


bai!

terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.