Sunday, July 24, 2011

projek ooo projek!!

hye korangkorang...
ahad yang aman... tapi aku je yang tak aman...
selase nie aku da kena bagi tajuk projek dan litar sekali.. bukan 1 tapi 3...
hesh! penat da aku kerah otak aku untuk berfikir mencari projek yang sesuai, tapi masih tak dapat lagi...
so, petang nie aku nak mintak tolong korangkorang as my kawan, bole tak bagi aku idea tentang projek???
elektrical tau... jangan bagi projek lain pulak... kang ke lain aku...
tolong ea, merapu pon takpe, tapi kalau boley yang standard dengan diploma electricak la...
aku da tak dapat nak berfikir lagi nie... 
boley pitam seminggu nie...
kalau tak dapat bagi projek kat aku, dapat bagi laman web untuk aku search projek pon ok...
jasajasa korang amatlah aku hargai...
plisss ea....

 

 





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, July 21, 2011

assalamualaikum pakcik....

tempat: politeknik merlimau, melaka
waktu: 9.15pagi

tengah aku dan classmate aku berjalan nak balik bilik, ade sorang pakcik cleaner tengah sapu koridor...
aku lalu sebelah dia sambil bagi salam...

aku: assalamualaikum pakcik..
pakcik: waalaikumsalam...em, anak dari mane ek???
aku: johor bahru.. 
kawan aku: saya dari puchong selangor..
pakcik: johor dekat mane ek??
aku: kota tinggi...
pakcik: yang puchong tue lepas tol ade pasar malam kan??
kawan aku: aah.. pakcik pernah pegi situ ea??
pakcik: dulu pakcik keje kat situ, tolong bapak sedare pakcik.. tapi da lame da..
aku: pakcik da lame keje dekat poly nie??
pakcik: baru lagi, tapi keje macam nie ( cleaner) da lame da...
kitorang: takpelah pakcik, kitorang jalan dulu yer,,, assalamualaikum cik..
pakcik: waalaikumsalam...

korang nak tau ape jadi dekat kitorang pastu???
kitorang nangis...
sebab sebak sangat.... pakcik tue da tua sangat, tapi masih lagi keje camtu... jadi cleaner...
hati aku sayu gile.. sampai tak tahan nak bendung air mata nie lagi...
aku terfikir, mane anakanak dia?? takkan langsung taknak ambik tau..
ke dia takde anakanak?? ke dia tak kawen lagi??
dekat poly aku nie, semua cleaner orang tua... mane pergi yang mudamuda??
malu ke keje camtu??
kalau malu kenape bagi makmak n ayahayah keje camtu???
aku tak boleh tengok keadaan camtu...
hati aku cepat sayu..
walaupon aku tak kenal sape dorang, tapi aku dapat rase...

em, nie bukan untuk korang je, tapi untuk aku jugak..
mari kite samesame menghargai kedua ibu bape kite..
jangan sampai biarkan mak ayah kite keje camtu... kesian dorang da tua.. tak kuat lagi..
dorang da cukup susah besarkan kite dulu, takkan kite masih nak suruh dorang rase susah lagi di akhir usia dorang nie???
bagilah kesenangan dekat dorang walaupon tak semewah mane...
tue pon da cukup buat dorang rase gembira...
ingat yer kawankawan...
kesenangan kite hari nie adalah berkat dari ibu bapa kite...
redhanya ibu bapa kite, senanglah hidup kite...
jangan pernah belakangkan kedua ibu bapa kite...
ALLAH laknat anak yang derhaka, yang lupe ibu bapa...

sayangilah kedua ibu bapa kite, insyaallah selamat dunia dan akhirat....


 
 






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, July 20, 2011

korang da tengok KL GANGSTER????

hye korangkorang...
ok jangan salah faham... aku bukan nak review filem kl gangster nie...
aku cume nak cerite pengalaman eh! pengalaman ke???
keadaan kot, ala keadaan aku mase tengok filem tue...

mungkin agak ketinggalan kan aku nie, orang lain da lame kot cerite tentang filem nie,,
aku baru nak cerite.. hahaha
ala, nak buat camne, aku baru ade mase tadi nak tengok..
tue pon tengok cd cetak rompak je.. ops!! terlepas pulak.. haha
mintakmintak takde la anak polis bace entry aku nie.. huhu

ok, nak cerite nie,,,
permulaan cerite tadi je aku da rase STG!
sebab ape??? sebab pelakon aku suke ade kat cerite tue...
ala, bukan aaron aziz... yang lagi macho tue...
ha!! adi putra!! OGH dia berlakon... luluh je hati aku... ok! nampak cam pempuan gedik kan??? waktu tue je.. skang tak...
pastu bertukar pulak kelakar sebab zizan ade... 
walaupon cerite tue cam ganasganas, dia still lagi dengan kelakar dia... memang tak boley blah...
dan endingnye sedih...
sebab ape??? zizan kena tikam...
ok, kalau tengok pade mata kasar, aku rase takde la sedih mane..
tapi tadi entah camne aku rase sedih gile sampai aku menangis...
bukan sikit tapi banyak.. oh shit!
gile betol aku nie... nampak sangat aku menghayati filem tue dengan bagus kan??? hahaha

dan antara babak yang aku tak suke ialah tentang shamsul.. cakap je lebih, tapi bile begaduh lembik!
eh! aku memang tak suke dia pon, bukan setakat dalam watak tue je, dia yang sebenar pon aku tak suke.. hahaha...
bile dia buat filem je mesti dia jadi hero.. huh!! tak best langsung!
ok emosi aku kat situ k...
oklah tue je aku nak cerite.. hehe..
korang nak cerite gak?? boleh...
mehla reramai penuhkan kotak komen aku k... sharing is caring right???



 
 




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, July 19, 2011

wordless wednesday #2# in love... =)

   

i love u!

 



 


terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

jom amalkan bace doa nie setiap hari!

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita.Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Doanya  adalah seperti berikut;




Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

kredit: DARUSSYIFA' ONLINE

da bace kan??? so ape tunggu lagi... jom kite samesame amalkan doa nie setiap hari...
bukan panjang sangat pon... pendek je.. senang pulak tue...
semoga kite samesame terhindar daripada semua kemudaratan setiap hari....
amin....



 







terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Sunday, July 17, 2011

heppy belated anniversary for us... =)

assalamualaikum kawankawan....
wah! da berhabuk blog aku nie rasenya... 
sarang labahlabah pon da bersepahsepah..
nie la akibatnye kalau terlalu bz sampai takde mase langsung nak update blog even 1 sekalipon..


malam nie nak cerite tentang personal sikit..
tentang aku dan mr.hubby... korangkorang jangan menyampah ok! hehe...
14hb julai yg lepas, genaplah 3tahun hubungan kitorang...
lame tak??? bile da 3tahun nie rase sekejap je... tapi nak sampai 3tahun tue makan mase gak..
macammacam berlaku, sampai kadangkadang nak give up...


tapi bersyukur sangatsangat sebab ALLAH pertemukan aku dengan mr.hubby...
jujur aku cakap, ramairamai lelaki aku kenal b4 nie, dia paling terbaik pernah aku kenal..
nie bukan nak bodek dia ke ape,,, tapi nie la kenyataan...
kalau tak, takde aku tunggu sampai 3tahun lamenya nie...
perkenalan yang bermula mase belajar dekat politeknik port dickson...
samesame 1poly, 1kos, 1kelas... jodoh agaknye kan...
mulemule konon nak jadi bestfren je, tapi bile masingmasing memerlukan antara 1same lain, terus declare couple..
paling aku tak bole lupe bile kawankawan dia sume tak suke dia pilih aku, dengan alasan aku tak cantik macam ex dia dulu...
kecik hati?? semestinya.. tapi kat situlah buat aku sayang sangat kat dia, sebabnye dia tak kisah ape kawankawan dia nak cakap janji aku ade dengan dia...
dia tau sebab ape dia pilih aku bukan perempuan lain... thanx hubby...
terharu sangat mase tue.. tak terucap dengan katekate...


aku harap sangat hubungan nie berakhir ke jinjang pelamin dan kitorang akan bersame sampai akhir hayat kitorang...
korangkorang doakan la untuk kitorang k...
aku pon teringin gak nak naik pelamin dengan lelaki yang da bertahun dengan aku nie..
asyik tengok orang lain je, aku pon nak jugak... ok, ade unsur gatal kat situ.. hehe..





















abaikan tarikh ok, da lame tak ambik gambar dengan dia..
so, nie je la dapat aku bagi korang tengok...
dia hensem dan aku hodoh... ok...
eh! orang kate kalau muke same ade jodoh...
agakagak, muke kitorang same tak??? 

MOHAMAD FAKHRI, 

terima kasih untuk 3tahun nie...
semoga hubungan kite nie akan kekal sampai akhir hayat k..
 luv u damn much hubby.... =)
terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, July 09, 2011

new life as a student polytechnic merlimau....



 hye korangkorang...
seminggu tanpe cerita apeape kan...
sory yer kawankawan... buzy mengikuti minggu orientasi yang sangat menyeksakan...
sangatsangat seksa.. dengan bermula pade pukul 5.30am dan berakhir pada pukul 12tengah malam..
sangatsangatlah penat... pastu da la langsung tak kasi balik bilik even untuk mandi dan tukar baju..
bile menyandar je mesti terlelap.. tak pernah pon before nie camtu.. sangatsangat letih aku rase.. 

sabar je join orientasi tue, dengan kebanyakannye baru berumur 18tahun.. aku dan bape kerat je yang da tua.. hahahah.. oh, sangatlah tak best ok!
masingmasing ingat aku same baye dengan dorang, tapi tak tau aku nie kakak...
tapi ok gak, nampak muda.. hehehe...

bile da seminggu dekat sini, baru aku perasan yang politeknik merlimau nie kecik jer..
cume lebih cantik dari poly aku dulu la...
dari bilik aku ke bilik kuliah pon dekat je.. camnie tak bole la aku nak kuruskan badan..  hehe..
sistem pengurusan dekat sini lebih kepade berdikari.. semua perkara kitorang kena settlekan sendiri..
sangatsangat tak best.. leceh je aku rase...
bersyukur sebab kelas aku cume 29orang.. tak terlalu ramai.. aku jenis tak suke belajar ramairamai.. sebab agak serabut aku rase...

isnin nie start kelas yang pertama..
bile da lame tak bukak buku, tekan kalkulator, rase takot pulak..
bole ke otak nie bekerja macam dulu...
doakan aku yer kawankawan...
oklah, next time aku update lagi ok!
mish u all!!!



 



 

terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, July 02, 2011

selamat datang dunia assigment!!

assalamualaikum kawankawan...
sekarang jarang betul dapat update entry dua tiga kali..
sibuk je uruskan macammacam untuk sambung belajar...
cerite tentang belajar, esok bermulalah benda baru dalam hidup aku...
dunia assigment...
em,, risau untuk menempuh alam pelajar kembali..
9bulan aku tinggalkan bukubuku, esok bermulanya aku menghadap kembali...

sape la roommate aku esok??
boleh ke aku sesuaikan dekat tempat baru??
boleh ke aku dapatkan pointer yang terbaik untuk final nanti??

korangkorang,
doakan yang terbaik untuk aku hadapi semua nie dalam mase setahun nie k..
doakan aku dapat buat mak abah aku proud dekat aku...
doakan aku berjaya kali nie...
aku nak ubah mase depan aku untuk jadi yang lebih baik dari sebelum nie...

lepas nie mayb aku jarang update, sebab aku tak bawa netbook dulu..
nanti kalau ade mase aku update ok...
korangkorang jangan jemu datang blog aku k..

LUV U ALL!!!


 
 






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, July 01, 2011

hey! saya da 22 lah...



selamat hari lahir ATIE!!
da 22 ok!
wah! makin tua pulak rasenya..
niat utama untuk besday tahun nie:

NAK BELAJAR SUNGGUHSUNGGUH UNTUK DAPAT POINTER YANG TERBAIK
NAK UBAH MASE DEPAN UNTUK JADI LEBIH BAGUS
BUAT MAK ABAH LEBIH SENANG DARI SEKARANG

doakan aku untuk capai niatniat aku yang suci tue k.. =)
semoga permulaan bulan 7 nie akan jadi permulaan yang baik dalam hidup aku sampai bilebile.. 
AMIN...


  
 



  


terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.