Wednesday, February 29, 2012

hargailah bulu mata anda :)


ASSALAMUALAIKUM

pagi nie je bulu mata aku da gugur 5helai. eh! helai ke? ala, ape-apelah. banyak gile kot gugur. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sakit barah otak. oke, tipu. takde kena mengena barah otak dengan gugur bulu mata. aku pon tak taula kenape banyak sangat gugur bulu mata aku nie. rilex la, jangan gugur banyak-banyak, kang takde bulu mata nanti.

mata aku. cantik kan? oke tipu. google search nie. 


eh! korang pernah dengar tak dulu-dulu, kalau bulu mata gugur belah mata kanan, ade orang rindu. kalau mata kiri ada orang benci. pernah tak?? mase aku budak-budak dulu, selalu dengar. sampai percaya. bile bulu mata belah kanan gugur terfikir-fikir mesti pakwe aku rindu aku. bile belah kiri lak, sakit hati sape dok benci aku. hahahah, lawak gile seyh!

pastu kalau gugur 2, 3 helai mula fikir ramainya yang rindu aku nie. takpon ramainya yang benci aku nie. wakakaka. sedangkan bulu mata gugur sebab dy nak gugur, ala, mayb bulu mata tu da tua, tue gugur. takde kena mngena dengan orang rindu atau benci kite. kekadang bile fikir balik naik tegelak seseorang aku, apelah. kafir betol aku nie, cepat sangat percaya bende-bende tahyul camtu. 

tapi kan aku selalu terfikir, kalau bulu mata kite gugur, dia akan tumbuh balik la ek yang baru. tapi macam mane kite bole tak pasan ade bulu mata baru sedangkan bulu mata tue takdelah lebat macam rambut kan. tapi tuelah keajaiban Allah berikan pada kita. so, bersyukur banyak-banyak. 

Allah da bagi kesempurnaan pada kite, kening, mata, bulu mata, telinga, mulut, hidung, tangan, kaki. nie, bulu mata pendek, tak lentik pakai bulu mata palsu, kening tak terbentuk, dicukur sampai nipis je. mata tak warna coklat, sibok pakai contact lens. nanti da rosak mata, salahkan orang yang jual tue. 

bercantik tak salah tapi berpada-pada oke. aku pon takdelah cantik mane, nak nasihat orang pon takot orang tak suke. so, tepok dada tanya hati. mane yang baik dan mane yang buruk. akhir kata, jnganlah gugur lagi bulu mata aku. 

bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, February 28, 2012

barang berharga a.k.a cermin mata


ASSALAMUALAIKUM

malam nie, sebelom aku tutup laptop nie dan beralih ke buku-buku math aku, aku nak berkongsi cerita mengenai barang berharga. korang semua mesti ade barang berharga kan? macam henpon ke, rantai ke, ape-ape jelah. janji korang rasa bile takde bende tue korang rase korang tak bole nak hidup kat dunia nie lagi. eceh! sampai camtu pulak. 

macam aku barang berharga aku ialah cermin mata ataupon dalam bahasa omputih spek. eh! betol ke? ala, tue singkatan dia, aku malas tulis panjang-panjang. (sedangkan tak tau nak tulis panjang camne). aku da rabun sejak darjah 6 lagi. dan sekarang umur aku rahsia. macam retiss konon nak rahsia-rahsia. sekarang umur aku 23. da lame kan aku rabun, dan rabun nie takkan hilang sampai aku mati. sedih. :'(


koleksi spek aku.
nie yg mampu diselamatkan, yang lain hancur sudah.


so, selama aku hidup nie, aku hanya bergantung pada cermin mata sahaja. kalau takde cermin mata memang gelap mase depan aku. takdelah gelap mana, tapi kabur la. nak buat ape-ape pon terhad. nak tengok ape-ape pon terpakse kecikkan mata sampai orang semua ingat aku tido. terok kan? tue la payahnya menjadi orang rabun nie.

aku akan menjadi hulk bile ade yang buat cermin mata aku sebagai permainan. begitu berharganya spek aku tu. so, memang takde yang berani nak men sembunyi-sembunyikan spek aku atau buat pakaikan dekat teddy bear atau buat-buat pakai mase main masak-masak. 


spek baru gua. voir. cantik tak?


actually, dulu aku rabun sebab aku suke sangat-sangat pakai spek kaklong aku. konon-konon cantik la tuh! padahal bala yang aku dapat. tapi yang peliknya akak-akak aku sume pakai spek jugak. cuma abang-abang aku je tak pakai. agak-agak korang kenape ek? adekah mereka  mencuba memakai spek orang lain jugak? da lame aku fikir bende nie, tapi tak dapat jawapan jugak. 


konon-konon ayu pakai spek baru. =_="
mata aku cam ikan puyu =='
 

so, sebelom aku menamatkan entry aku yang dari pukul 8 sampailah sekarang baru aku dapat menamatkannya akibat internet yang sangat lembap mengalahkan kura-kura, aku ingin berpesan pade sekalian mkhluk yang tidak rabun, jagalah mata anda dengan baik. kalau da rabun susah weyh. nak bergantung pade spek je, leceh gile kot. kalau bole jadi budak-budak balik, aku taubat taknak main-main pakai cermin mata kaklong aku. tapi apekan daya, telajak perahu bole ku undur, telajak kata badan binasa. 
wabilahhitaufiqwahidayah wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

bersabarlah wahai hati :'(


ASSALAMUALAIKUM


Ya Allah,
kalau benar dia jodohku, Kau satukanlah hati kami berdua.
kalau dia bukan jodohku, Kau jodohkanlah kami.
kalau dia bukan jodohku juga, Kau jodohkan juga Ya Allah.
kerana aku hanya ingin dia dalam hidupku.
kerana aku hanya ingin dia menjadi imamku.
kerana aku ingin menjadi isteri dan ibu pada anak-anaknya sahaja.
kerana aku hanya ingin menjadi bidadari dia di dunia dan di akhirat kelak.
satukanlah kami sebagai pasangan yang Engkau redhai didunia dan diakhirat.
amin 


miss u abie :'(


semoga kita manjadi pasangan yang halal kelak. insya'allah.


bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Sunday, February 26, 2012

tudung dian pelangi :)


ASSALAMUALAIKUM

selame nie ako dok perhatikan orang cerita tentang tudung dian pelangi. aku nie jenis lebih suke pakai tudung syria atau bawal biasa tue. tapi bile tengok orang pakai, cakap tudung dian best, aku pon teruja nak try. so, aritu aku pon order la 3helai. kalau korang nak beli jugak bole beli dekat ------> MYRAA MOTHAR.


dan semalam, posmen datang antar bungkusan dekat aku. teruja, ingat encik jantung hati bagi hadiah ke ape. rupenya tudung yang aku beli tue. :)



da dapat da !


wow! tak sabar nak cube pakai tudung nie, ape yang best sangat kan. tapi kalau korang nak tau, tudung dian ni ade care pakai dia. ikot kekreatifan koranglah. aku pakai biasa je. aku nie simple je, nak pakai macam retis tue malu la. muka tak berape kena pulak.


hijau torqouise, biru electric, dark choklate


sebenarnya aku punya warna hijau torqouise je. dua lagi tue kawan aku punya. beli 1 dulu sebab nak try best ke tak. kalau best baru beli lagi dan lagi, dan lagi.



dapat je terus try, hehe


aku rasa tudung ni not bad la. tak panas. ade duit bole beli lagi. yang belom beli bole la beli. try je 1 dulu. da rase best bole beli banyak-banyak!! eh! sebenarnya nak bagitau, aku pakai spek baru. hehehe. rase-rase spek baru tue kena tak dengan muka aku? ade macam mak tiri tak? komen sikit pliss :)

bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, February 24, 2012

gambar nikah yusry dan lisa surihani :)


ASSALAMUALAIKUM


Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi.


Pasangan ini telah dinikahkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.
















nampak manis sangat muka lisa yang sememangnya manis tue. semoga perkahwinan mereka berdua kekal sampai akhir hayat. janganlah lepas nie ade cerita cerai-berai lagi.. 



bai :)





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, February 23, 2012

"Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD"


ASSALAMUALAIKUM


klik banner tu untuk join oke !
due : 3/3/2012

da lame kot aku tak join segmen. so, arini aku nak join segmen tambah follower tanpa blogwalking by MD.
best pulak segmen ni, sebab takyah nak blogwalking, terus je follow.
tapi aku lebih suke kalau orang follow blog aku sambil baca-baca dan komen entry aku. rase dihargai. eceh!
so, aku join segmen nie sebab nak  tambah follower. mane tau sebelum bulan 4 ni da dapat 300 follower kan.


pendapat aku tentang sistem grouping nie, aku rasa buat dalam 51.
bile tak campur diri sendiri da dapat 50 follower. care tak? haha
tapi aku oke je mane-mane. yang penting ade yang sudi follow blog aku.. aku hargai sangat-sangat.


so, aku nak tag :


bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, February 22, 2012

ayam madu & mengigau !


ASSALAMUALAIKUM


ayam madu atie iskandar :)


lunch arini aku masak ayam madu. tibe-tibe tekak teringin nak makan pulak. ngengade betol. 
tapi aku tengok ayam aku nie macam takde nampak madu pon. ayam ape pon aku tak tau.
tapi yang pasti rase dia ohsemm!! sebab ape aku cakap ohsemm?? sebab aku yang masak.
nak resepi  sile klik dekat ----> SINI


********

eh! korang penah mengigau tak? ala, takyah nak menipu la kalau kate tak pernah. kalau tak perasan aku bole terima. sebabnya jarang kot kite mengigau kite perasan. betol tak??


aku ade pengalaman mase aku kecik-kecik dulu. takdelah kecik sangat. dalam darjah 4, 5 cam gitulah.
mase tue, maghrib. lepas sembahyang, ngaji, aku terus tido. penat sangat kot mase tue. aku pon lupe.
malam tue aku rase aku tido lame gile. bangun-bangun tido aku terus pegi mandi.
da siap mandi aku terus siap-siap pakai baju sekolah. mase tue baru aku sedar baru pukul 10malam !!


hebat gile aku ngigau. sampai siap mandi, pakai baju sekolah semua.. ntah mimpi ape aku mase tue sampai ngigau hebat sangat. ingat-ingat balik ketawa sesorang aku. kelakar gile!


eh! korang-korang penah jadi macam aku tak? jomlah share sikit. 


bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

wordless wednesday 9 # sepetang with bff :)


ASSALAMUALAIKUM


aku si gemok dan si kecik, zahin.


muke cam mintak penampo


kawan 2alam


kami retis tak berbayar


nama aku tue ! siot!!


zahin dengan dewi remaja :D


tenteng tue aku buat !


ceria berwarna warni!


K.A.M.I


bakal pengantin akhir tahun nie 


bai :)


#arini aku nak masak ayam masak madu. sedap weyh!





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, February 21, 2012

mulakan dengan bismillah :)


ASSALAMUALAIKUM













daripada Abdurrahman bin Usman A-Taimi, katanya,
Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiap-tiap perkara yang penting yang tidak dimulai dengan BISMILLAH maka terputuslah (keberkatannya)".

-Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasai-


bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, February 20, 2012

Tasha Manshahar & Syed Shamim - Mr. Saxobeat (Cover) with Lyrics


ASSALAMUALAIKUM



jujur aku baru kenal tasha manshahar ni. sebelom nie kalau orang cakap tentang dia confirm aku tak tau.
dan first time aku dengar dia nyanyi lagu nie buat aku terus dengar banyak kali. 
sampai akak aku cakap tak jemu-jemu. hahaha
smart kot gabungan suara dia dengan partner dia nie. jatuh cinta babe! :D
lagu nie pon best, dorang nyanyi pon best dan senang cite sume best! 
enjoy this song oke! 
bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Sunday, February 19, 2012

dating with my bff :D


ASSALAMUALAIKUM


tadi petang aku kluar dating dengan bff aku.. kitorang lepak pantai.. ok seronok sesangat! dengan bawa bekal makanan setiap sorang, dengan cuaca mendung dan sekejap hujan sekejap panas, pergi berlima da cukup seronok da. akhirnya dapat gak lepak-lepak dengan dorang. kalau tak punyalah susah. masing-masing bz mengalahkan perdana menteri. 



mereka sentiasa dihati :)


nie pon xcukup korum lagi. sepatutnya ade lagi 5orang. tapi disebabkan urusan masing-masing yang tak dapat dielakkan, tak dapatlah nak berkumpul semua. siapa sangka muka-muka macam kami nie da cecah 23tahun! kitorang sendiri tak sangka kitorang da 23. sekejap je mase berlalu. macam masih form 5 je.. hahahhaaha..


si kecik tue, penghibur hati kitorang petang tadi.. geram je. celoteh dia buat kitorang tak kering gusi ketawa. bile da berjumpa nie macam biasalakan bergosip sampai lebam. hahaha. ade je cerita nak kongsi. aku rase bahu sebelah kiri aku da berat da dengan dosa-dosa. alahai. nak berubah baik punyalah susah, nak jadi jahat sekelip mata je. 


lepas da bosan lepak kat pantai, kitorang pegi minum ABC + tauhu bakar pulak. kalau korang nak tau, abc + tauhu bakar kat situ sangatlah ohsemmm!!! da lame aku mengidam nak pegi makan dekat situ. tapi bile datang je tutup. nasib baik arini langkah kanan, dapat jugak aku makan kat situ.. 


retiss!!


nampak biasa tapi sedaappppp!!


tauhu bakar + abc aiskrim ! :)


lepas abis makan, berjalan-jalan pulak dekat jeti dekat situ. ala, gambar takde pulak. semua dekat budak-budak nie. dorang pakai henpon mahal, aku henpon biasa je. nanti da dapat gambar dari dorang aku upload mase wordless wednesday oke ! sampai sini je cerita hari ahad aku. simple but enjoy sesangat! sesekali jumpa bff hilang tekanan belajar. 


#untuk korang-korang (BFF) aku sayang korang sesangat! agak-agak lepas nie, ade lagi tak mase kite nak lepak camtu? 


bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

takziah awak :'(


ASSALAMUALAIKUM

malam tadi tengah dok sedap-sedap layan facebook dan blog, aku dapat 1 berita yang mengejutkan dari encik jantung hati.. paklang dia da kembali ke rahmatullah.. tak sangke sangat-sangat. sebelum tue memang arwah da masok hospital sebab serangan jantung. tapi tak budget sampai tak dapat diselamatkan. mungkin da sampai ajal dia kan. 

janji Allah, yang hidup pasti akan mati. cuma tak tau bile je. so, siap sedia je sebab bile-bile Allah akan ambil nyawa kita. berdoa setiap hari, semoga bila Allah ambik nyawa kita, da cukup banyak amal kita bawak, da besedia untuk tempuh alam baru. 

bile dengar orang meninggal nie, fobia je aku rasa.. sebabnya aku masih tak dapat lupakan waktu arwah abah pergi. dengan sebulan aku tak jumpa dia, tup-tup aku dapat call abah da pergi. terkejut gile! tapi da tertulis dia akan pergi hari tu, so, takde sesape yang boleh pertikaikan. cuma masih susah nak buang rase sedih dalam hati nie.


waktu sambut hari bapa

dulu aku pernah cakap, kalau aku nak hilang encik jantung hati, biarlah dia hilang disebabkan kematian. tapi bile aku da rase sakitnya bile kena tinggal dengan abah, aku tak dapat nak jumpa abah lagi, tak dapat nak tengok muka abah, salam tangan abah, nak berbual dengan abah, akau lebih rela kalau encik jantung hati ade perempuan lain kalau dia nak tinggalkan aku. sekurang-kurangnya aku masih dapat tengok dia lagi, even sakit sebab dia tak setia. tapi bukan sakit sebab dia da takde kat dunia nie lagi. tak mampu aku nak rase kehilangan lagi.

semoga Allah masih panjangkan umur kita semua untuk terus kumpul amal sebanyak yang mungkin, amin.


#semoga arwah paklang encik jantung hati ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah :'(





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, February 17, 2012

cuplens :)


ASSALAMUALAIKUM


tadi aku dok blogwalking kat blog femes blogger irene nadia marcello, jap lagi aku terjumpa 1 entry dy tentang gift for her fiance.
dy bagi fiance dy canon cuplens! wow! oke, sbenarnya tue first time aku tengok dan aku jatuh cinta terus!
tibe-tibe aku rase nak hadiahkan dekat encik jantung hati jugak,
bukan nak tiru irene, tapi encik jantung hati pon gile dekat camera DSLR,
nak jugak buat suprise dekat dy. mane tau dy suke kan.
 nak tengok tak cuplens nikon tue camne??
jom tengok bawah nie!



nikon cuplens



canon cuplens


smart kan? tapi masalahnya sekarang, aku tak tau berapa harga cuplens nie dan kat mane nak beli.
any suggestion tak??  
nak sangat beli benda nie. kalau ade sape-sape yang tau info tentang nie tolong inform dekat aku ea.. :)
bai.





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, February 16, 2012

balik kampung !




ASSALAMUALAIKUM


eh ! esok da jumaat la..
maksudnya esok da bole balik kampung !
da bole jumpa mak. makan banyak-banyak mak masak. blogwalking laju-laju.
wow!! seronoknya !!


tapi yang tak seronoknya esok ada quiz 2 matematik pulak.
da la tak faham. adoinyapun!
kenape mesti esok? kenape bukan lepas naik cuti sem?
tapi naik cuti sem ade test matematik pulak. alahai. 
baru konon-konon nak balik lenggang kangkung. terpakse la mengusung buku matematik sane sini nampaknya.


mata da ngantuk, kepala da berat nampaknya tilam la matlamat utama aku.
jumpa esok k! bai !




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, February 15, 2012

wordless wednesday 8 # kita ;)


ASSALAMUALAIKUM



3tahun 7bulan 

semoga hubungan nie kekal hingga akhir hayat macam mak dan arwah abah :')

bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, February 14, 2012

Program Wakaf Al-Quran :)



ASSALAMUALAIKUM




jom kongi 1 cerita :)
dekat poly aku ada mengadakan jualan besar-besaran mengenai buku-buku, aksesori laptop, baju dan tudung-tudung. tapi ada 1 booth nie menarik minat aku iaitu booth mengenai program wakaf Al-Quran.


Program wakaf Al-Quran ialah sebuah program anjuran PERSONA AMAL sebuah organisasi yng menjalankan kerja-kerja amal, membekalkan Al-Quran yang telah ditaja / wakaf ke institusi islam seperti Pondok, Sekolah Agama, Maahad tahfiz dan sebagainya.


  • senaskhah Al-Quran berjumlah RM20.00.
  • boleh letakkan 2nama untuk senaskhah Al-Quran.
  • seorang boleh beli lebih dari senaskhah.
  • boleh letakkan nama yang sudah meninggal atau masih hidup.
  • Al-Quran yang kamu beli akan disumbangkan atau diwakafkan kepada sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran untuk dibaca setiap hari.
  • setiap kali mereka baca Al-Quran tersebut, mereka akan sedekahkan bacaan tersebut kepada penama-penama yang terdapat pada Al-Quran tersebut.

sesape yang berminat atau ingin keterangan lebih lanjut boleh la menghubungi :

PUAN SITI ZAHARAH : 012-7144624


so, jom kita ramai-ramai rebut peluang keemasan nie. ramai-ramai mengumpul bekalan dan saham akhirat kita melalui Program Wakaf Al-Quran. jangan kedekut untuk mengeluarkan belanja yng sedikit untuk kegunaan kita diakhirat kelak.


Allah S.W.T amat menggalakkan umat islam memperbanyakkan dan berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah sesuai dengan firmannya bermaksud:

" maka berlumba-lumbalah kamu dalam mngerjakan ibadah "

( surah Al-Baqarah- ayat 148 )



Rasullullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya memperbanyakkan sedekah jariah dalam sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bermaksud:

"Apabila matinya seorang anak adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu:
  • sedekah jariah
  • ilmu yang dimanfaatkan
  • anak yang soleh yang sentiasa mendoakn kedua ibu bapanya "


( hadis riwayat muslim )



sesape yang nak aku tolong pon bole, tapi masalahnya program nie sampai hari rabu sahaja..
so, takot aku tak sempat nak belikan untuk korang. so better korang direct terus dekat puan zaharah oke !
tak luak kot duit korang untuk beli senaskhah Al-Quran dan wakafkan dekat sekolah-sekolah tahfiz.
mereka tentu-tentu setiap hari baca, kite nie belom tentu dapat bukak Al-Quran setiap hari.

tepuk dada tanyalah iman. dunia semakin kiamat, amal kita belom tentu cukup untuk menampung kita dekat sana. beramallah selagi masih mampu beramal. 


bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, February 13, 2012

nyum-nyum !


ASSALAMUALAIKUM



putar.jilat.celup.
jemput makan semua. :)

bai !



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, February 10, 2012

:)


ASSALAMUALAIKUM




saya mencintai kamu kerana agama kamu.
jika kamu tiada agama lagi, 
saya tidak akan berfikir panjang untuk membuang perasaan cinta saya pada kamu.


bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

jom solat jumaat !


ASSALAMUALAIKUM



selamat hari jumaat semua !
jom kite pergi solat jumaat !

bai :)





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, February 09, 2012

aku tak suke addmath.


ASSALAMUALAIKUM





dulu mase SPM, addmath aku G, dan mate moden aku A.
semua orang pelik kenape jauh sangat beza.
aku rase addmath susah dan aku terus tak suke addmath.

masok poly addmath aku power.
tak pernah failed bile peksa.
aku mula rase suke dengan addmath.
sampai la sem 5 nie, tibe-tibe aku rasa addmath dia susah sangat-sangat!
aku tak tau kenape da 2 bulan blajar aku masih tak dapat nak pick up lagi.
dan serta merta aku tak suke addmath balik.

kan seronok kalau addmath nie bole aku bole tukar dengan masak-masak.
bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

3 things u should know :)


ASSALAMUALAIKUM






3 things that u should know :)


bai :)





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, February 08, 2012

chupachup VS lollipop :)



ASSALAMUALAIKUM



agak-agak antara dua-dua gula-gula nie, korang pilih yang mane?
kalau aku pilih chupachup ! sebabnya chupachup banyak perisa :)
dulu aku pernah jadi pemakan gula-gula chupachup yang tegar.
sejak gigi aku da mula mereput nie aku terpaksa bentikan tabiat buruk aku tu.
sukelah encik jantung hati sebabnya tak payah belikan untuk aku lagi bile pegi kedai.


eh ! kalau korang pilih yang mane?
cecite sikit, mana tau ade cerita menarik disebalik gula-gula tue kan :)


thanx for reading.
jumpa next entry oke.
bai :)






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

doodle lagi ! :D



ASSALAMUALAIKUM



dari tadi aku dok belek-belek blog yang ade doodle-doodle nie..
jeles aku dorang lukis cantik-cantik.. masing-masing guna photoshop..
aku mampu guna paint je.. jadilah, janji dapat jugak buat doodle ala-ala muslimah nie.. haha


bile aku dok perhatikan balik, doodle yanng nie lagi cantik sikit dari doodle yang mula-mula aku lukis tadi..
sebab mata dia kot . yang tadi mata garis, nie mata bulat. siap kening lagi. feewiitt !!
jangan ade yang menyampah pulak aku dok puji doodle sendiri.
bak kata orang "tempat yang jauh lagikan dikenang, niekan lukisan sendiri"
ade kena mengena ke? ah ! pedulik la..


eh ! ade sesape nak tempah doodle paint dengan aku tak? hahaha
aku acah-acah je.. takde sape nak dengan doodle buruk camni.. tapi aku suke. 
kreatif jugak aku nie. oklah. dok merapu puji diri sendiri dari tadi.
pasni nak mentorai lukis banyak-banyak, mane tau bole jadi hebat kan! 
(bab macam nie memang aku suke, bile blajar, bukak buku kejap da ngantuk)


jumpa entry lain oke ! bai :)






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

wordless wednesday 7 # doodle !




ASSALAMUALAIKUM






doodle guna paint sahaja.
nak guna photoshop tak bole download.
toturial ade kat blog Azmeer :)


bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, February 07, 2012

tanda-tanda ALLAH masih sayangkan kita :)



ASSALAMUALAIKUM


  • ALLAH sengaja temukan kita dengan ORANG gila supaya kita sentiasa bersyukur diberikan akal fikiran yang sempurna.

  • ALLAH sengaja temukan kita dengan SI YATIM PIATU supaya kita sentiasa menghargai kedua ibu bapa kita 

  • ALLAH sengaja temukan kita dengan SI BUTA DAN PEKAK supaya kita sentiasa bersyukur diberikan mata yang indah dan telinga yang elok untuk beribadah kepada ALLAH

  • ALLAH sengaja temukan kita dengan SI MISKIN supaya kita sentiasa beringat ada lagi yang lebih susah daripada kita 

  • ALLAH sengaja memberi KEKAYAAN dan KESENANGAN kepada kita kerana DIA ingin melihat sejauh mana kita bersyukur kepadaNYA

  • ALLAH sengaja menguji umatnya dngan pelbagai ujian kerana ingin melihat sejauh mana berimannya umatNYA terhadapNYA

  • ALLAH sengaja temukan kita dengan ORANG-ORANG KURANG UPAYA supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat tubuh badan senpurna yang ALLAH berikan pada kita








terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

lawak hari selase :D



ASSALAMUALAIKUM





bai :p





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, February 03, 2012

novel 2 : hati kala cinta



ASSALAMUALAIKUM






mereka rapat kerana berjiran tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran.
kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah dilahirkan sebagai perempuan.
kata Lya pula, Zhafran itu macam hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.


kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran.
entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya.
namun semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.


saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya.
kali pertamja bertemu, dia tahu ada kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.


tetapi apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya?
apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya?
paling rumit Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.


kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.


"kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan aku relakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi" - Lya





#1 lagi novel best yang aku baca ! tersentuh hati bai ! bole buat nangis-nangis :')





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.