Tuesday, January 31, 2012

cuba tengok kuku saya :)



ASSALAMUALAIKUM


selamat pagi semua.. arini kelas pagi pukul 8 batal..
konon-konon nak sambung tido, tapi disebabkan takot terlajak malas pulak nak tido..



em, tadi malam disebabkan takde keje, ( sebenarnya ade assgnment banyak, malas nak buat )
aku pon buatlah kejr tak munasabah nie..
aku terpengaruh dengan kawan aku.. nak tau ape dia?




kuku baru aku ! :)



aku pakai inai weyh ! hahaha
oke, seumur hidup aku nie first time pakai inai..
aku tak suke pakai inai sebab aku rasa kuku aku nanti kotor.. pelik kan ??
tapi malam tadi aku bole pakai. sebab aku tengok kawan aku pakai cantik !



eh ! encik jantung hati tak tau lagi aku pakai tue.. dia pon tak suke aku pakai sebenarnya. haha
nie konon-konon nak buat suprise kat dia la nie.. ceh !
eh! aku baru perasan, kenape tangan aku lain-lain ek ? macam tak stabil je..
kat ibu jari belah kanan ade tahi lalat..
orang kata kalau ade tahi lalat dekat jari tangan nanti jadi cikgu..
bole pecaya ke?? sebabnya tak jadi cikgu pon aku ! ^^



lepas nie nak buat corak-corak pulak kat tangan.. konon-konon macam orang kawen tue..
tak dapat kawen cepat-cepat, dapat pakai inai dulu pon jadilah.. 
oke bai ! ^^






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, January 28, 2012

novel 1 : takdir fitrah terindah


ASSALAMUALAIKUM





bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, 
tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan.
lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta.
kahwin tanpa cinta bukan mahunya.
tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk mmbuat pilihan bukan milik orang sepertinya.
tiada cinta tidak mengapa asalkan hatinya bahagia.
namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perku dipertahankan?
pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga.
namun respon dan dugaan yang diterima mmbuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta.
adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah bila ada cinta lama dan cinta baru mahu mengisi hatinya?



#novel nie best ! nangis-nangis aku baca. yang belum baca bole pegi cari oke ! 
9/10 aku bagi bintang ! bai !





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, January 27, 2012

penatnya seharian berjalan :D

ASSALAMUALAIKUM


nama aku atie ! umur aku 22tahun.. (eh ! mudanya ! ) aku tinggal di johor, belajar di merlimau .. aku suke makan dan tak suke diet ! amboi ! da macam karangan memperkenalkan diri pulak ..


sebenarnya aku nak cerita arini aku berjalan sakan weyh ! xde la pegi mane tapi berjalan la kan.. niat utama nak beli komponen-kompenen buat projek, tapi melencong tempat lain pulak..



aku dekat dpan kedai buku popular, jusco 



tengok-tengok, da kat popular pulak ! eh ! lupe pulak nak cerite, aku dapat voucher rm200.. sile jeles pade yang tak dapat .. yang dapat mari kite ketawa beramai-ramai ! rugi sape yang da abis belajar.. mesti korang rasa nak belajar balik kan ? agak-agak tahun depan dapat lagi tak ? 



nie aku punya ! 



konon-konon nak guna la voucher nie kan kat popular, tapi bile sampai sane, penuhnya takyah cakap la.. naik serabut kepala aku.. aku da listkn da nak beli ape, kejap lagi banyak da abis.. yang aku dapat beli cuma fail sahaja.. disebabkan kurang daripada 50, aku bayar la guna duit aku je... rugi-rugi.. baru konon-konon taknak guna duit sendiri.. 



sempat lagi aku makan coklat sambil tunggu kawan-kawan aku memborong novel


lepas memborong dekat popular, kitorang pegi makan pulak.. perut da bunyi-bunyi sebab tak sarapan.. eh ! arini diet aku musnah.. aku makan je.. baguslah tue.. nanti berat naik mulala nangis hentak-hentak kaki. oke tue aku tipu ! kitorang pegi makan dekat food court jusco je.. nak cepat sebabnya kawan aku sorang tue nak pegi ambik mak dia balik keje.. sampai je kat food court aku terjumpa 1 makanan nie.. 



tako ! sedap weyh !


aku ambik dalam dia octopus.. sedap weyh ! kalau  beli dengan si jantung hati berebut-rebut makan mase panas-panas.. sesape yang tak pernah makan lagi bole pegi cari.. tapi yang dekat jucso melaka xsedap sangat.. yang sedap aku makan mase dekat the mines.. first time makan terus jatuh cinta ! wink-wink ^^



da tak nampak bentuk bulat-bulat da tako aku ni.. 


lepas makan, kitorang pegi cari komponen projek, tapi malangnya tak jumpa pon ape yang kitorang nak.. endingnya masok mydin terus borong lagi.. orang kaya babe ! mak baru bagi duit balik cuti aritu.. huhu.. tue la keje aku, dok menghabiskan duit je.. masok mydin, macam-macam aku beli.. barang-barang mandi aku pon da abis, macam tau-tau je aku tengah banyak duit. -,-'


lepas memborong terus ambik taxi balik hostel.. uncle taxi bagi kitorang limau bai ! memang baik hati betollah uncle tue.. pastu siap bagi discount tue.. murah rezeki uncle tue.. cong xi fa choi uncle ! ^^



hasil aku memborong tadi


berjalan arini aku rasa duit aku habis banyak sangat-sangat !! tetibe rase rindu nak jadi budak-budak. nak ape je ambik , mak abah tolong bayarkan.. mak, adik nak jadi kecik balik. ^^


oklah korang-korang ! mata sudah mengantuk. eh ! lupe nak cite, malam nie ramai pulak yang datang menjual barang-barang kat bilik aku.. abis lagi duit aku..  oke bai !



yang banyak habis duit,
     atie iskandar ^^






terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, January 26, 2012

jom tinggalkan link blog korang untuk aku follow ! :D



ASSALAMUALAIKUM


disebabkan aku free malam nie dan tersangatlah boring, jom ramai-ramai tinggalkan link blog korang untuk aku datang jengah dan follow !


bagitaulah pada rakan-rakan, adik beradik atau sesiapa sahaja yang ade blog untuk tinggalkan link blog dorang kat comment box aku oke ! aku akan datang blog korang dan memfollow :)


tawaran dibuka untuk malam nie sahaja..
cepat-cepat jangan lepaskan peluang..








terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

#spontaneous thursday 1 : kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa :)



ASSALAMUALAIKUM


kenangan mak dan arwah abah :'(


"pandang wajah ibu dapat pahala, pandang wajah abah dapat pahala,
pandang wajah mereka setiap masa, setiap ketika,
tak dapat lihat secara realiti, lihatlah menerusi gambar,
ALLAH memudahkan setiap umatnya untuk memperolehi ganjaran pahala"


"pandanglah wajah mereka selagi masih ade peluang,
sentuh, cium dan peluk mereka selagi mereka masih bernyawa,
hargai mereka sebaik-baik mereka membesarkan kita,
jangan sakiti hati mereka,
jangan kasari mereka,
kerana redha ALLAH pada kita terletak pada redha ibu bapa kepada kita"









terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, January 24, 2012

sarapan pagi begedil rangup !

ASSALAMUALAIKUM

belum terlambat lagikan kalau aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk semua yang menganut agama budha.. yang merayakan orang cina, tapi aku tengok, melayu yang paling gembira..  aku tak berape gembira sebabnya dapat cuti sekejap je.. sob-sob :'(

disebabkan cuti yang tak berape lame, aku konon-konon rajinkan diri aku membuat sarapan pagi yang sangat berkhasiat ! berkhasiat ke ?? hahaha.. takla. sarapan suke-suke namanya.. asyik mi goreng, nasi lemak, lempeng, so aku ubah sarapan pagi aku sekeluarga dengan begedil rangup !




aku dapat resepi nie dari blog kak azlita .. resepi kat blog dia sume best-best.. dengan teknik-teknik gambar yang dia ambik buat aku kagum ! suri rumah tue tapi bole buat macam-macam.. tahniah kak ita ! lepas nie memang sentiasa godeh-godeh blog kak ita lah untuk cari resepi best-best :)




oklah berbalik pade resepi begedil rangup ni, sangat-sangat senang untuk membuatnya.. bagi yang ada budak-budak dekat rumah tue, bolelah mencuba ye.. tak payah susah-susah nak belanja besar-besar, tak payah beli jajan untuk dorang.. sume tue tak baik untuk kesihatan dan membazir.. so, jom try resepi nie dekat rumah ! :)






resepi nie aku ade gubah sikit, kalau nak yang original bole tengok dekat blog kak ita yang kat atas tadi oke :)

bahan-bahan :
3biji kentang
3keping daging burger / daging cincang
daun sup (racik halus)
2bawang putih (racik halus)
bawang goreng (ikut citarasa sendiri)
garam secukup rasa
lada hitam
beberapa biji telur ayam
serbuk roti

cara-cara :
1. kupas kentang dan rebus sehingga empuk. dah empuk lenyekkan kentang tue.
2. satukan kentang yang dilenyek bersama daging burger, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam, dan lada hitam..
3. gaul rata kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. salutkan bebola tersebut dengan serbuk roti.
5. celupkan dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti lagi.
6. goreng bebola sehingga garing dan angkat.
7. hidangkan bersama sos atau bole dimakan bersama soto.


selamat mencuba :)
terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, January 18, 2012

oke ko sorang je ade pakwe, orang lain takde -..-'

ASSALAMUALAIKUM

entry malam-malam nie adalah entry waktu aku tengah study tetapi curik masa mengupdate blog.. entry malam nie berkaitan tentang : OKE KAU SORANG ADE PAKWE ORANG LAIN TAKDE !

best kan tajuk entry aku.. sebenarnya tajuk tue aku ambik disebabkan kejadian nie:
dalam bilik aku sekarang nie ade kawan roomate aku yang tengah bergayut dengan pakwe kot, ataupon abang angkat, sebabnya ade panggilan abang-abang..

jeles?? bukan ! sikit pon tak jeles.. meluat? oke itu betol ! sebabnya dia berbual dengan suara yang kuat dan mengganggu aku yang tengah study.. bukan dia tak nampak kot.. dengan ketawa yang manja-manja, dan suara dia yang lunak, aku rasa macam nak hempok je muka dia dengan buku aku yang tebalnya setebal kulit gajah..

aku bukan taknak tegur, tapi dia ade mata untuk melihat dan otak untuk berfikir.. so, gunakanlah sebaik yang mungkin sebelum ALLAH mengambil nikmat itu semula.. akhir kata sebelum aku halau kau keluar, lebih baik ko behenti begayut sekarang !!


sekian dari aku :

 si gadis yang pemalu :)
terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

#wordless wednesday 6 - rindu mak :'(




ASSALAMUALAIKUM













terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Tuesday, January 17, 2012

bila aku hanya mampu pandang stok makanan aku je T__T

ASSALAMUALAIKUM


da nak maghrib nie baru dok sibuk nak update entry kan.. dari tadi dok ngadap fb je.. sampai nak joging pon malas.. aku xtau la nape mood malas aku memuncak-muncak akhir-akhir nie.. aku da rindu rumah weyh..
da 3minggu aku dok teperap kat hostel nie tak kluar-kluar.. rindu mak  T__T


kalau la rumah aku dekat melaka kan best.. tiap-tiap minggu balik.. dapat tengok muka mak.. nie kat johor, nak balik pon 2minggu sekali.. nie telebih pulak 3minggu.. nasib baik minggu depan raya cina, dapatlah jugak lame sikit dekat rumah.. tapi takdelah lame sangat.. jeles budak-budak sekolah dapat cuti seminggu !






haa.. yang atas tue gambar stok makanan aku dekat hostel.. tapi bukan semua aku punya.. aku da songlap daripada stok makanan kawan-kawan aku.. hahaha.. konon-konon nak simpan sampai akhir sem, pastu makan ramai-ramai.. tapi sebenarnya sebab tengah diet, tepakselah simpan dan tengok setiap hari.. da tengok, tutup balik laci.. nak makan takot berat naik  T__T


seronoknya bile dapat badan kurus, makan banyak-banyak berat tak naik-naik.. nie aku, makan sikit pon senang je nak naik.. menci tau ! tepakselah kawal nafsu nak makan.. kalau korang nak tau aku nie food lover.. so, bile kena kawal nafsu rase tension je.. mulut tak makan, tapi kepala asyik fikir nak makan tu, nak makan ni.. macam mane la nak kurus.. =__=". nie da sibok mesej-mesej jantung hati bila jumpa nak makan kat stimboat.. nak makan banyak-banyak.. dy kata tak bole, aku tengah diet, aku cakap takpe. sebab stimboat takde minyak.. takakn gemok. bole ke macam tue ? ^^


oklah korang.. bile cerita tentang makan, sampai esok pon tak habis.. tibe-tibe dalam kepala sekarang nie, kalau dapat makan keropok lekor, panas-panas + garing cecah sos sedapnya ! da rindu nak makn weyh !
hahaha.. oklah, bai !


# ade sesape ley suggest kat mane tempat makan sedap area negeri sembilan ??? bosan la asyik makan tempat same je ..
terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, January 16, 2012

selamat tahun baru 2012 !

ASSALAMUALAIKUM

mungkin entry kali nie macam ketinggalan sikit,, tapi disebabkan masih awal bulan, so mood masih tahun baru lagi la kan.. so, how korang punya tahun baru aritu ?? sambut kat mane ye ? ke cuma dok mengadap tv je ?

aku sambut new year dengan my bestie dan kluarga dy dan jantung hati aku sekali.. kitorang lepak dekat laut buat bakar-bakar.. bahase omputih dy BBQ .. seronok sangat sebab nie first time sambut tahun baru dengan kawan baik dan jantung hati !

double date !
bestie dengan tunang + aku dengan jantung hati 

bestie dgn encik tunang 

kami !

akak-akak besties 
muka dorang lain-lain kan ?

sempat je aku pandang camera :)

hihi

si penghibur hati kami !

cinta hati saya !

mereka gelojoh ! haha

she's my bestie forever
noor diana idris :)

kegembiraan kami !

azam aku untuk tahun nie, semoga aku masih diberikan peluang untuk hidup lebih lama lagi untuk capai semua impian aku :)

korang pulak macam mane ?? semoga tahun 2012 nie, kite semua sentiasa berada dalam lindungan ALLAH.. berfikir sebelum melakukan ape-ape dan jadilah lebih baik dari tahun-tahun sebelum nie :)

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA :)





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, January 09, 2012

aku da gemok weyh !

ASSALAMUALAIKUM

mintak mahap pada kawan-kawan seblogger sebab aku da lame tak hupdate hape-hape.. eh ! nape banyak sangat H nie? oke lupakan pada H tue, arini aku nak cerita tentang masalah aku sekarang nie..

korang nak tau tak aku da GEMOK ! betol ! sentap sekejap lepas timbang aritu.. korang nak tau tak berape berat aku ? kalau orang lain mesti malu nak tunjuk kan ??? aku tak kisah... sharing is caring right ? eceh !
jomlah ramai-ramai tengok berat aku bape nie.. hamboi ! cam retisss !!

|
|
|
|
|
|
V


 61.5kg !!!

so, dengan penambahan berat selama sebulan duduk dirumah, aku bertekad untuk mendietkan diri aku.. sekarang nie setiap petang da pegi joging, tak macam dulu.. petang adalah waktu paling seronok untuk tido.. tue yang berat naik sampai 60++... 

aku cume nak mintak korang semua bagi semangat kat aku je..aku tak mintak wang ringgit, atau belas kasihan oke ! mane la tau ramai-ramai bagi semangat buat aku terus je diet. sebabnya aku nie pecinta makanan ! aku suke merasa semua jenis makanan.. tue yang susah tue nak diet.. tapi da 3hari nie, alhamdulillah, aku berjaya kawal nafsu makan aku... minum air masak bergelen-gelen..

okelah korang.. nanti aku da kurus aku update lagi oke ! bai ! :D




#tiap 2minggu timbang, aku update berat aku oke ! mane tau ade yang nak jadikan aku ikon untuk kurus .. hahaha





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.