Thursday, April 12, 2012

#spontenous thursday 3 : kan best kalau....


ASSALAMUALAIKUM


"kan best kalau jawab periksa sesenang kutip sampah dan buang"



bai.

terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, April 11, 2012

bubur instant knorr untuk student macam aku :)


ASSALAMUALAIKUM


harini 1malaysia cuti sempena pertabalan Agong. seronok kan? dapat rehat2 dekat rumah. aku pon seronok jugak, walaupon bukan dekat rumah, tapi hostel aku ni pon umpama rumahku syurgaku --"


bangun tido lambat, takde sape nak bising. kalau dekat rumah mak aku da jadi tarzan da kalau anak-anak dia tak bangun-bangun lagi. hehe. bangun-bangun pagi perut da bunyi-bunyi. lapar la tu maksudnya nak suruh aku cari makanan. aku bukak drawer tengok-tengok ade bubur instant knorr. 



bubur nasi ayam + mushroom


bubur instant nie harga dia rm3.60. ade 3peket dalam dia. ade perasa ayam sahaja dan ayam + mushroom. nak sediakannya senang je. korang letak dalam mangkuk, lepas tue letak 250ml air panas, tunggu 2minit, SIAP! simple kan? anak sedara aku yang darjah 2 pon bole buat. sebab ape aku kata bubur nie untuk student macam aku? sebabnya bubur nie senang nak buat, lepas tue tak payah guna dapur nak masak, cuma tuang air panas. 



setelah siap dan boleh dimakan!


rupa dia memang biasa tapi rase dia sedap weyh! tak pecaya? trylah. beli 1kotak je dulu. kalau sedap bole beli lagi. yang ade anak-anak kecik trylah beli. bagi dorang rase. mesti dorang suke. eh! da macam promote makanan pulak aku nie. hehe. oklah. jumpa entry lain ye. selamat mencuba! bai!


#hepy besday to my beloved friend noor diana binti idris. today it's a day. hepy 23rd babe :)









terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, April 09, 2012

nasi lemak dan ikan gorang kecik.


ASSALAMUALAIKUM


selamat petang semua. kang aku ucap selamat malam tido lak semua orang. em, macam mana hari isnin korang? sangat gembira atau biasa-biasa sahaja? jangan lupa panjatkan rasa syukur pada Allah kerana masih bagi kita bernafas dekat muka bumi ni. 


harini kecoh dekat hostel dangan cerita orang histeria. benda tue berlaku malam semalam. macam-macam cerita aku dengar. ade yang kata, kena sampai 3,4 orang. ade yang kate cuma 2orang. yang mane betol pon aku tak tau. da nak dekat exam nie, macam-macam perkara berlaku. mintak-mintak aku dijauhkan dari semua tu. aku nie kenis penakot sikit. bile dengar cerita macam tue, mula la gelabah. nak mandi pon ajak roomate teman. nasib baik roomate sentiasa memahami.


okelah berbalik pada tajuk, tadi petang ade la beberape pelajar yang tinggal luar hostel datang jual nasi lemak. teruja nak beli sebab nasi lemak dia panas lagi. aku bukan seorang penggemar nasi lemak, tapi untuk rase-rase macam tue boleh lagi. beli la 1, share dengan roomate. nasi lemak tue bungkus dengan kertas. nampak menarik. takdelah asyik pakai polisterin je. harga dia, sebungkus RM2.



nie la nasi lemak tue.


teruja nak makan, sempat ambik gambar dulu. hehhe. excited sebab nak tengok ape isi dalam nasi lemak nie. mane la tau ade daging ke ape kan. berangan! dengan harga RM2 dapat telur separuh pon da rasa bersyukur kan. so, aku pon bukaklah bungkusan nasi lemak tue. korang nak tau ape yang ade?



nasi lemak ikan goreng tuh! :D


nampak tak ade telur separuh, kacang, sambal, timun dan ikan goreng separuh! dalam gambar nampak besar kan iakn goreng tu, tapi sebenarnya besar ibu jari je. sangat-sangat kecik. bagi aku, lebih baik dia gantikan dengan ikan bilis, sikit pon oke, dari ikan goreng macam tue, kawan aku beli lagi la kecik ikan dia. kelakar pulak aku tengok. tapi takpe, rezeki kan. bersyukur sebab dapat makan sedap lagi, dari yang tak dapat makan ape-ape. 


rase dia boleh tahan. esok bole beli lagi. kalau makan sorang bole kenyang, tapi sebab aku dok kongsi dengan roomate, sampai berebut-rebut ikan goreng kecik tue. hahaha. esok kalau dia datang jual lagi aku nak mintak 2ekor ikan tue. baru bole dapat sorang 1. :D


oklah, perot da kenyang, mase untuk membelajarkan diri pulak. bai korang! 


terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, April 07, 2012

maksu cantik tak adik kaler crocodile nie?


ASSALAMUALAIKUM


arini bosan gile weyh. aku dok bilik sesorang. kawan-kawan aku sume balik kampung. aku malas nak balik. sebab assignment berbukit. sume nak kena hantar hari isnin. sangat-sangat seronok aku dengar. --"


bile tak balik sabtu ahad ni, mula la rindu dekat anak buah aku yang degil sorang nie. nama dia arasy adrian. baru 4tahun. tapi da sekolah tadika kemas. dengan mulut yang becok sangat, buat aku teringat-ingat dekat dia. aku da jaga dia sejak dia baby lagi. tue dia rapat sangat dengan aku. aku pulak bile jauh je mula la asyik rindu dekat dia.


rindu adik :(

semalam akak ipar aku a.k.a ibu si arasy nie, antar mms kat aku. aku ingat mms ape. kejap lagi mms gambar crocodile a.k.a buaya yang si arasy nie kaler. aku ade belikan si kecik nie buku kaler-kaler, selalu asyik belikan mainan je. nie da sekolah belikan buku pulak. aku suruh dia kaler. nanti aku balik aku nak tengok. semalam akak ipar aku mms gambar dia kaler. tersenyum sorang-sorang aku tengok. korang nak tengok?


nie la hasilnya. nasib baik nampak lagi buaya tue.


tak sabar nak balik, nak tengok gambar-gambar yang lain dia kaler. ntah jadi ape la yang lain tue. baru aku tau seronoknya bile ade anak sendiri kan. ada anak buah pon da seronok apetah lagi anak sendiri. mak nak kawen! :D


bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Friday, April 06, 2012

Ya Allah, jangn kau uji aku dengan ujian sebegini :'(


ASSALAMUALAIKUM

em, malam nie aku rase tension sangat3x!!
esok aku ade kuiz mate. tapi bile aku study, aku asyik xdapat jawapan yang sama. 
sedangkan aku da buat ikot step yang sama. 
bukan sekali dua aku cuba tapi da banyak kali.
tak lepas 1 soalan, aku tukar soalan lain, tapi still sama.
aku rasa nak nangis.
geram campur sakit hati.
takkan aku bodoh sangat sampai susah sangat nak dapat.
em, kenape nie.
aku tak mintak aku jadi best student.
aku cuma mintak aku dapat lulus sume subjek.
dapat banggakan mak.
dapat buat mak tersenyum.
aku tau aku bukan kategori bijak pandai.
tapi aku nak jadi macam orang lain yang berjaya.

Ya Allah, 
janganlah kau uji aku dengan ujian yang aku sendiri tak mampu nak hadapi.
bantulah aku untuk dapat keputusan yang cemerlang.
aku cuma mahu gembirakan ibu aku.
aku mahu dia bangga dapat anak macam aku.
walaupon aku tak dapat balas jasa dia, cukuplah aku dapat bagi keputusan yang cemerlang untuk dia.
bantulah aku Ya Allah.
aku bermohon padaMu. :'(





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Thursday, April 05, 2012

wordless wednesday 12 # spek baru lagi! :D


ASSALAMUALAIKUM









wee.. spek baru lagi.
jenama Ray Ban! 
hadiah dari si awan nano.
tima kasih cinta :)


bai.



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Wednesday, April 04, 2012

selamat hari lahir mak :)


ASSALAMUALAIKUM




MAK,
selamat hari lahir yang ke 62.
Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur mak untuk kami adik beradik dapat rasa kasih sayang mak lagi.
sekarang maklah abah, maklah mak kami.
takde wanita lain yang mampu tandingi mak.
maklah segala-galanya untuk kami.
terima kasih mak kerana lahirkan kami 7beradik.
terima kasih kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang tanpa merungut walau sedikit pon.
terima kasih kerana bagi kami makan pakai yang cukup dan sekolahkan kami untuk jadi orang yang berjaya.
terima kasih kerana sentiasa bagi kami nasihat untuk jadikan kami anak yang soleh dan solehah.


Ya ALLAH,
doaku untuk ibuku yang tercinta,
semoga Engkau panjangkan usianya untuk kami masih mampu merasa kasih sayangnya lagi,
Engkau murahkan rezekinya setiap hari,
Engkau berikan kesihatan yang baik untuknya supaya dia mudah untuk beribadat kepadaMu,
Engkau permudahkan setiap urusannya,
Engakau berilah keberkatann hidupnya di dunia mahupun di akhirat kelak.
amin.


untuk Puan Kiah binti Sarman,
kami anak-anak mak sayang mak sangat-sangat.
semoga bila kita telah tiada di dunia ni, kite masih dapat jadi 1kluarga di sana,
percayalah mak, abah menunggu kita disana untuk bersama kembali selamanya.
kami sayang mak sangat-sangat :')


bai.




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Monday, April 02, 2012

akhirnya dapat jugak kami makan benda tue :D


ASSALAMUALAIKUM


selamat pagi semua. da lame betol tak update ape-ape dekat blog aku nie. nak jengah-jengah blog korang pon tak sempat. sibok dekat projek dan assignment. korang rindu aku tak?? jangan perasan atie takde sape nak rindu kat ko. --'


semalam si awan nano tibe-tibe datang hostel aku. memula rancang nak jumpa hari sabtu, tapi cancel. ingat da tak jadi jumpa. tup-tup semlam pagi dia datang. so, kitorang decide jalan-jalan dekat Dataran Pahlawan, Melaka je. nak pegi tempat lain macam tak best. ingatnya cuma nak jalan-jalan je la kan, tapi kalau da nampak macam-macam memang gatal la tangan nie nak membeli.


tapi, bukan tue yang aku nak cerita kat korang, tentang 1 bende nie. dari awal dia keluar sampai la semalam baru kitorang dapat rasa. memang ketinggalan sangat. bukan sebab tak mampu, tapi takde masa nak jumpa. kitorang memang camtu, kalau benda baru kena rase sama-sama dulu. nampak gedik ea? pedulik hape aku. :D

oklah taknak korang tertanya-tanya bende ape ape tue. so, korang tengok jela gambar-gambar aku tempek ni.


TUTTI FRUTTI!!
nampak tak muka aku teruja makan bende tue?



si awan nano yang tak pernah jemu layan ngade-ngade aku.
sayang awak sangat-sangat!



kecik je kedai tutti frutti kat sini. 
abaikan perut buncit si awan nano :)


semalam makan tutti frutti 1 je. share. sebab awan nano tak berape suke sangat aiskrim ke yogurt ke. aku? gile tak suke. tolak besi dengan kayu je aku nie. sebab tue sekarang berat membuak-buak naik. suke! =="
semalam try flavour coklat, melon dengan raspberry. melon paling sedap! campur topping semua RM19.30.


senyum je bayar. sebab ape senyum? bukan sebab mahal, sebab bayar pakai duit awan nano, bukan duit aku. :D tapi aku rase tutti frutti nie biasa je. takdelah sedap sangat sampai aku rase nak makn lagi,lagi dan lagi. semalam pon ambik sikit tapi da muak. so, sekarang nie takde teringin nak makan lagi. tapi kalau ade yang nak belanja aku oke je! rugi tue tolak rezeki.


korang da pernah makan tutti frutti ? jom share pendapat korang tentang benda tue. 


bai :)



terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.