Tuesday, April 12, 2011

tanda lelaki mula jatuh cinta!





LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat "power", pandai memujuk dan merayu adalah ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina. Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian. Kajian ini dibuat untuk mengenali spesies ini...

1. Jika lelaki mengirimakan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan "apa khabar?" atau "sudah makan ke belum?", tandanya dia ada perhatian kepada kamu. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.


2. Jika lelaki menelefon kamu tanpa sebab dan hanya memberitahu: "sekadar mahu dengar suara kamu", tandanya dia suka tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.


3. Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.


4. Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut kamu selepas pertengkaran, tanda dia merasa bersalah kerana membuat kamu marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata 'air mata' untuk menewaskan lelaki.


5. Jika lelaki bersandar di bahu kamu dan meminta membelai rambutnya, tandanya kamu adalah satu-satunya wanita yang dia cintai kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannnya.


6. Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan kamu atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.


7. Andai lelaki menangis di hadapan kamu, tandanya dia amat sayangkan kamu kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan kamu.


8. Andai lelaki suka melanggar peraturan yang kamu buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang kamu lakukan. Lelaki tahu apa salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.


9. Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:- Dia sayang dan takut kehilangan kamu, mahu menguasai kamu, tidak mahu ada persaingan, mungkin si dia mempunyai trauma yang tidak pernah diceritakan kepada kamu.


10. Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik kamu jangan terus berleter, buruk akibatnya.


11. Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya kamu tidak melakukan perkara yang sama.


12. Andai lelaki merenung mata kamu tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah kamu benar cinta dan sayang kepadanya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.



klu korg da trase kwn lelaki korg brubah cmni, ha!
2 tndenya dy da jtuh cnta ngn korg!
so, ape lg??
tepuk dada tnye hati ok!




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

2 orang kaki sms:

Trainer Fariz said...

Alamak!!! tapi kawan saya yg perempuan sedemikian pulak...he3..herm......adakah dia suke saya?

Atie iskandar said...

ade kmgkinn 2...
mgkin dy sgn nk btau...
ape kata awk mulakn dlu?? =)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.