Tuesday, February 14, 2012

Program Wakaf Al-Quran :)



ASSALAMUALAIKUM




jom kongi 1 cerita :)
dekat poly aku ada mengadakan jualan besar-besaran mengenai buku-buku, aksesori laptop, baju dan tudung-tudung. tapi ada 1 booth nie menarik minat aku iaitu booth mengenai program wakaf Al-Quran.


Program wakaf Al-Quran ialah sebuah program anjuran PERSONA AMAL sebuah organisasi yng menjalankan kerja-kerja amal, membekalkan Al-Quran yang telah ditaja / wakaf ke institusi islam seperti Pondok, Sekolah Agama, Maahad tahfiz dan sebagainya.


  • senaskhah Al-Quran berjumlah RM20.00.
  • boleh letakkan 2nama untuk senaskhah Al-Quran.
  • seorang boleh beli lebih dari senaskhah.
  • boleh letakkan nama yang sudah meninggal atau masih hidup.
  • Al-Quran yang kamu beli akan disumbangkan atau diwakafkan kepada sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran untuk dibaca setiap hari.
  • setiap kali mereka baca Al-Quran tersebut, mereka akan sedekahkan bacaan tersebut kepada penama-penama yang terdapat pada Al-Quran tersebut.

sesape yang berminat atau ingin keterangan lebih lanjut boleh la menghubungi :

PUAN SITI ZAHARAH : 012-7144624


so, jom kita ramai-ramai rebut peluang keemasan nie. ramai-ramai mengumpul bekalan dan saham akhirat kita melalui Program Wakaf Al-Quran. jangan kedekut untuk mengeluarkan belanja yng sedikit untuk kegunaan kita diakhirat kelak.


Allah S.W.T amat menggalakkan umat islam memperbanyakkan dan berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah sesuai dengan firmannya bermaksud:

" maka berlumba-lumbalah kamu dalam mngerjakan ibadah "

( surah Al-Baqarah- ayat 148 )



Rasullullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya memperbanyakkan sedekah jariah dalam sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bermaksud:

"Apabila matinya seorang anak adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu:
  • sedekah jariah
  • ilmu yang dimanfaatkan
  • anak yang soleh yang sentiasa mendoakn kedua ibu bapanya "


( hadis riwayat muslim )



sesape yang nak aku tolong pon bole, tapi masalahnya program nie sampai hari rabu sahaja..
so, takot aku tak sempat nak belikan untuk korang. so better korang direct terus dekat puan zaharah oke !
tak luak kot duit korang untuk beli senaskhah Al-Quran dan wakafkan dekat sekolah-sekolah tahfiz.
mereka tentu-tentu setiap hari baca, kite nie belom tentu dapat bukak Al-Quran setiap hari.

tepuk dada tanyalah iman. dunia semakin kiamat, amal kita belom tentu cukup untuk menampung kita dekat sana. beramallah selagi masih mampu beramal. 


bai :)




terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

4 orang kaki sms:

CintaZulaikha said...

wow, teringin nak buat gitu...tak salah mencari pahala yg baik kat dunia nih kan.

Atie iskandar said...

selagi masih bernyawa kak.. :)

nanad said...

menarik..belum pernah dengar lagi program yang macam ni..

Atie iskandar said...

atie pon same nad.. nie baru tau., alhamdulillah dpt gak buat amal walaupon xseberapa,, :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.