Friday, February 03, 2012

novel 2 : hati kala cinta



ASSALAMUALAIKUM






mereka rapat kerana berjiran tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran.
kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah dilahirkan sebagai perempuan.
kata Lya pula, Zhafran itu macam hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.


kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran.
entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya.
namun semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.


saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya.
kali pertamja bertemu, dia tahu ada kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.


tetapi apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya?
apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya?
paling rumit Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.


kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.


"kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan aku relakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi" - Lya





#1 lagi novel best yang aku baca ! tersentuh hati bai ! bole buat nangis-nangis :')





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

0 orang kaki sms:

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.