Saturday, July 14, 2012

hepy anniversary yang ke4 abie :)


ASSALAMUALAIKUM


hai semua! da lame betol tak tulis ape-ape dekat blog nie. sifat 'M' besar sangat dalam diri nie. hihi. korang semua ape khabar?? aku doakan semoga korang sihat-sihat oke! kalau sakit cepat-cepat pegi jumpa doktor. lambat-lambat makin terok aku tak tau. 

oklah, hari nie 14 julai 2012 bersamaan hari sabtu genap 4tahun hubungan aku dengan awan nano. diam tak diam da 4tahun da. Alhamdulillah, walaupon selalu bergadoh, hidup jauh, rasa susah bersama, akhirnya dapat jugak kami sampai ke 4tahun nie.

aku pernah ingat dulu-dulu, kawan awan nano pernah cabar kitorang. dia kata, selalunya cinta zaman belajar akan berakhir bile tamat belajar. so, dia cabar kitorang untuk buktikan kitorang tak macam tue. dan harini aku kami buktikan cinta kami bukan cinta kontrak zaman belajar oke!


we love each other!


lepas nie, in syaa allah, kami akan teruskan ke fasa kedua iaitu bertunang. tapi tak tau la bile, rancangan saje. semoga allah permudahkanlah untuk kami teruskan hubungan nie ke hubungan yang lebih halal. bercinta lame-lame pon bukan best. buat tambah banyak dosa je. kalau ade duit lebih baik terus nikah. lagi cepat dapat pahala. :)

aku selalu berdoa Allah panjangkan umur aku, dapat cepatkan jodoh aku dengan awan nano, dan biarlah kalau Allah nak ambik nyawa aku bile aku da jadi seorang isteri. aku nak kumpul pahala yang banyak dulu sebagai seorang isteri. nampak macam aku gatal kan? tapi tue la niat aku sekarang nie. tak de ape lagi yang aku nak kecuali jadi anak yang solehah dan seorang isteri kepada mohamad fakhri.


muka kami tak sama tapi hati kami sama :)


semoga Allah pertemukan jodoh kami berdua. korang-korang doakn jugak tau! oklah, jumpa next entry. aku doakan korang-korang semua sentiasa dalam redha Allah. 

Assalamualaikum. bai! 





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.