Sunday, October 14, 2012

Dia si pencuri hati ;)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah solat maghrib. Sekarang kat johor waktu solat cepat sangat. Senang. Tak payah lengah-lengah. Kalau tak, memang terus jadi malas. Silap haribulan terus tak buat. Astaghfirullah.

Okelah, entry kali nie nak update tentang si pencuri hati aku a.k.a mohamad fakhri. Minggu lepas pegi jumpa dia kat seremban. Setelah 2bulan berjauhan. Akhirnya jumpa jugak. Dia sekarang da keje baru. Keje kerajaan. Tapi takdelah yang hebat. Sebagai pembantu am je. Tapi alhamdulillah, cerah mase depan dia.

Dulu, aku yang selalu cerita tentang kawen. Sekarang, dia pulak yang cerita. Hihi. Terkejut? Opkoslah. Haha. Kami rancang lagi 2tahun untuk bersatu. Nikah terus. Tunang taknak. Membazir la. Lagipon kitorang jauh, lebih baik terus nikah lagi senang.

So, doakan je la untuk kami berdua ye. Btw, arini 14hb 10, genap hubungan kitorang 4tahun 3bulan. alhamdulillah. Lame da kami pertahankan hubungan nie. Bergaduh? Mestilah ade. Cuma takdelah sampai nk berputus sume. Kadang-kadang benda kecik pon bole bergadoh. Hehehe. Adat bercinta kan.

Okelah, macam da panjang sangat menaip. Insyaallah, jumpa kat entry yang lain oke! ;)





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Hye bff!

Assalamualaikum.

Hai semua. Rasenya, eh bukan rasa lagi memang da lama sangat tak bukak blog nie dan update ape-ape.

Mintak maap banyak-banyak sebab mood nak menaip tue takde. Malas je rasa. lagi-lagi bile da keje nie. Balik Keje badan da letih sangat. Lagi la malas nak menaip.

okelah, arini nak update tentang bff kite. Aritu pegi makan steamboat dekat rawa. Kalau orang johor tau kot katne. Nie sume tak rancang. Call petg tue, balik keje mandi, sembahyang terus gerak. Tapi tak semua ade. Half of my bff only.

Puas hati sebab dapat gelak-gelak. Hilang stress kejap jumpa dorang. nak jumpa selalu sangatlah susah. Bile dapat jumpa sekali-sekala betol-betol manfaatkan. Jauh mane pon kitorang, still ambik masa dalam sebuln dua untuk jumpa macam nie. Takdelah persahabatan dari sekolah tue terputus camtu je kan.

Btw, 11hb nie, one of my bff nak melangsungkan perkahwinan. Diam tak diam da nak jadi isteri orang da dia. Sorang lagi bff berkahwin. Aku? Insyaallah 2 tahun lagi. Doakan aku ramai-ramai oke!

Okelah sampai sini dulu oke! Pasni aku cuba update selalu oke. Bai semua! ;)







terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

Saturday, July 14, 2012

hepy anniversary yang ke4 abie :)


ASSALAMUALAIKUM


hai semua! da lame betol tak tulis ape-ape dekat blog nie. sifat 'M' besar sangat dalam diri nie. hihi. korang semua ape khabar?? aku doakan semoga korang sihat-sihat oke! kalau sakit cepat-cepat pegi jumpa doktor. lambat-lambat makin terok aku tak tau. 

oklah, hari nie 14 julai 2012 bersamaan hari sabtu genap 4tahun hubungan aku dengan awan nano. diam tak diam da 4tahun da. Alhamdulillah, walaupon selalu bergadoh, hidup jauh, rasa susah bersama, akhirnya dapat jugak kami sampai ke 4tahun nie.

aku pernah ingat dulu-dulu, kawan awan nano pernah cabar kitorang. dia kata, selalunya cinta zaman belajar akan berakhir bile tamat belajar. so, dia cabar kitorang untuk buktikan kitorang tak macam tue. dan harini aku kami buktikan cinta kami bukan cinta kontrak zaman belajar oke!


we love each other!


lepas nie, in syaa allah, kami akan teruskan ke fasa kedua iaitu bertunang. tapi tak tau la bile, rancangan saje. semoga allah permudahkanlah untuk kami teruskan hubungan nie ke hubungan yang lebih halal. bercinta lame-lame pon bukan best. buat tambah banyak dosa je. kalau ade duit lebih baik terus nikah. lagi cepat dapat pahala. :)

aku selalu berdoa Allah panjangkan umur aku, dapat cepatkan jodoh aku dengan awan nano, dan biarlah kalau Allah nak ambik nyawa aku bile aku da jadi seorang isteri. aku nak kumpul pahala yang banyak dulu sebagai seorang isteri. nampak macam aku gatal kan? tapi tue la niat aku sekarang nie. tak de ape lagi yang aku nak kecuali jadi anak yang solehah dan seorang isteri kepada mohamad fakhri.


muka kami tak sama tapi hati kami sama :)


semoga Allah pertemukan jodoh kami berdua. korang-korang doakn jugak tau! oklah, jumpa next entry. aku doakan korang-korang semua sentiasa dalam redha Allah. 

Assalamualaikum. bai! 





terima kasih sudi baca entry nie. lain kali bacelah lagi :)

 
.SEMUA HASIL NUKILAN OLEH ATIE ISKANDAR BHD.